Termenung macam tunggu kehadiran ayah, ramai yang sebak bila tengok anak perempuan Puteri Sarah

Hari ini, pelakon sensasi Puteri Sarah berkongsi keberangkatan ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Perkongsian itu membuatkan ramai tertanya-tanya akan keberadaan suami, Syamsul Yusof yang juga pengarah tersohor kerana tidak kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mana tidaknya, kelibat suaminya Syamsul Yusof tidak kelihatan sebaliknya hanya ibu bapa serta adik-beradik Sarah yang dilihat hadir mengiringi perjalanan tersebut di KLIA. Dalam pada itu, terdapat warga TikTok memuat naik semula perkongsian di Insta Story yang memaparkan suasana di lapangan terbang di mana kelihatan Sumayyah dan Syaikhul sedang menunggu masa untuk berlepas mengerjakan ibadah umrah.

“Semoga mendapat umrah yang mabrur sis Puteri Sarah Liyana. Moga Allah permudahkan segala urusanmu, amin,”tulisnya. Pun begitu, air muka anak bongsu Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berjaya jadi perhatian ramai apabila kerana kelihatan sayu dan seperti mencari sesuatu yang ‘hilang’ di depan mata. Rata-rata warganet mengatakan air muka yang ditunjukkan oleh Sumayyah berkemungkinan sedang mencari kelibat ayahnya sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci Mekah. Klik sini untuk lihat video.

Difahamkan, ini adalah kali keenam pelakon drama Suri Hati itu menunaikan umrah dimana empat kali bersama suaminya yang juga pengarah popular sebelum memiliki cahaya mata. Dan, ia merupakan kali kedua Puteri Sarah mengerjakan umrah bersama anak-anak  tanpa kehadiran suami. Sehingga kini, kisah rumah tangga pasangan ini terus menjadi perhatian ramai selepas Puteri Sarah memfailkan permohonan untuk berpisah terhadap Syamsul yang mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand. Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.