Mohon doa dari orang ramai, rupanya ini yang terjadi pada tulang belakang Dato Aliff Syukri

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan tahap kesihatannya kini tidak berada dalam keadaan yang baik selepas tulang belakangnya dilaporkan patah. Kecdraan yang mula disedari sejak minggu lalu itu telah menyebabkan dia sukar berjalan dan perlu memakai pelindung di bahagian pinggangnya itu. Sekadar info, beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama.

Saya ada masalah di bahagian pinggang. Sampai sekarang saya masih lagi rasa sakit. Kata doktor, pinggang saya patah. Kecdraan tersebut berlaku minggu lepas. “Saya masih lagi menjalani rawatan susulan. Dalam enam bulan ini, saya akan dipantau pihak doktor. Saya juga masih pakai pelindung di bahagian pinggang. Berjalan pun agak bermasalah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Jelas penyanyi lagu Cuba Bahagi ini lagi, tulang belakangnya itu patah mungkin disebabkan kecderaan-kecderaan lama ditambah pula ketika ini dia sangat aktif melakukan aktiviti senaman. Bagaimanapun, Aliff memutuskan untuk tidak menjalani sebarang operasi sebaliknya mahu mencuba rawatan alternatif.

Kecdraan ini mungkin berlaku kerana saya kerap menjalani senaman yang perlu mengangkat beban berat. Mungkin juga kerana saya pernah terjatuh motosikal. Kemudian, saya pergi hiking pula. Makin lama makin teruk. Tulang saya memang rapuh sebab saya tak suka minum susu. Doktor saran untuk menjalani operasi tapi saya tak nak kerana saya masih muda. “Saya nak dapatkan nasihat daripada doktor pakar lain pula. Buat masa sekarang, dah dua orang doktor kata perkara yang sama. Kini, saya nak cuba rawatan alternatif pula,” kongsinya lagi. Ditanya mengenai kebimbangannya jika penyakitnya itu melarat, bapa kepada lima orang cahaya mata ini memberitahu, dia akan cuba bertahan selagi mampu.

Saya bimbang juga tapi bila memikirkan fasal operasi, saya akan cuba bertahan selagi saya mampu berjalan. Orang mungkin nampak saya segak berjalan tapi saya sedang menahan sakit. “Saya kini hanya boleh berjalan maksimum 15 minit. Selepas itu, saya kena duduk. Segalanya masih diperingkat baru. Doakan saya,” akhirinya. Aliff juga berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga pinggangnya itu dapat kembali pulih seperti sedia kala. Kredit, MH/IG/on9m. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Anak dedah ayah macam bertindak kasar sangat, kini anak lelaki Dato Aliff Syukri luah perasaan sepanjang menjadi anaknya. Umum diketahui, usahawan kosmetik yang tular dengan keperibadiannya iaitu Yang Hormat Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman atau lebih mesra disapa dengan panggilan Dato Aliff. Baru baru ini, dia bersama anaknya sedang mempromosikan tudung yang dijualnya. Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anaknya menjawab soalan warganet yang bertanya “syok ke jadi anak Dato Aliff?”.

‘Ada Pro dan Kontra’

Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh @kakn79, anak lelaki Dato, Ammar tampil memberi jawapan kepada soalan tersebut. Katanya, ada pro dan kontranya yang tersendiri dan mengatakan sepanjang pemerhatiannya semasa dia kecil, dia mengganggap ayahnya kjam sangat dan zlim.

” Ada dia punya pro, ada punya kontra. Sejujurnya, apa yang saya nampak waktu saya muda dulu kan, saya tengok macam ayah saya ni k.j4m sangat. Macam orang z.4lim. Jelasnya lagi, bila dia dah besar, dia dah mula faham dengan apa yang dilakukan oleh ayahnya adalah untuk kebaikannya sendiri. Ammar akui yang berlaku perubahan ke arah kebaikan apabila dia mendengar nasihat ayahnya. Tapi bila dah besar, saya dah faham kenapa dia buat macam ni. Adalah perubahan dalam hidup saya bila saya dengar nasihat nasihat ayah saya.

Bangga Dengan Ayah

Ammar mengatakan dalam video tersebut bahawa dia bangga dengan ayahnya. Lebih-lebih lagi bila melihat ayahnya mampu mempunyai resort sendiri. Lepastu, sekarang saya macam ‘wow ayah saya ada resort sendiri’. saya bangga. Sekadar info, beliau merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam. Sumber, Murai.my