Tetap bahagia walaupun masih belum ada rezeki anak, ini ucapan isteri Dato Adi Putra sempena ulangtahun perkhawinan

Happy wedding anniversary buat Dato’ Adi Putra dan isteri, Datin Aida Yusof! Tanggal 18 Januari lalu, genap 17 tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini. Bukan tempoh singkat tu! Pasti bermacam-macam ujian dan dugaan telah berjaya diharungi kedua-duanya. Berkat kesabaran dan saling melengkapi di antara satu sama lain, mereka kini kian bahagia melayari alam rumah tangga. Meskipun belum dikurniakan rezeki untuk timang cahaya mata sendiri. Pasrah dan reda dengan ketentuan ilahi, Datin Aida menerusi perkongsian di media sosial miliknya menitipkan rasa syukur bergelar isteri kepada pelakon handalan tersebut pada hari ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.

“Happy Anniversary to hubby Dato’ Adi Putra. Di hari ulang tahun pernikahan kita pada hari ini 18.01.23 (17 tahun). Doaku Ya Allah SWT limpahkanlah rasa cinta kasih dan sayang di dalam keluarga kami yang kecil ini, agar kami senantiasa bahagia selalu dalam menjalani bahtera rumah tangga, mempertahankan satu sama lain untuk kebaikan dan keburukan, saling menghargai dan berkatilah kedua-dua anak kami supaya menjadi anak yang solehah dan menjadikan kita semua jalan menuju Jannah memperkuatkan iman di antara satu sama lain. Maka berikanlah selalu perlindungan-Mu Ya Rabb.”

Difahamkan pada tarikh keramat itu, Datin Aida dan Dato’ Adi Putra turut menerima kejutan istimewa daripada kenalan rapat mereka bagi sama-sama menyambut ulang tahun perkahwinan suami isteri ini. Datin Aida dan Dato’ Adi mempunyai dua orang anak angkat perempuan iaitu Az Zahra dan Zara Adelia yang kini menginjak usia remaja. Walau bukan drh daging sendiri namun pasangan ini menyayangi kedua-dua cahaya mata tersebut dengan penuh kasih sayang dan tidak pernah membeza-bezakan mereka. Moga rumah tangga yang dibina bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah. Sumber, Nona. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Adi Putra kini jutawan. “Saya hanya meminjam daripada Allah,” kata pelakon, Datuk Adi Putra ketika diminta mengulas mengenai satu artikel di sebuah portal yang mendedahkan dia memiliki kekayaan sebanyak AS$5 juta (RM21.9 juta). Adi ketika ditemui di sidang media pelancaran filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa hari ini berkata, angka yang didedahkan itu tidak penting berbanding hala tuju dirinya sebagai hamba Allah. “Angka itu diberikan orang dan boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang. Namun, ia hanya angka dan apa yang lebih penting adalah hala tuju kita sebagai manusia dan hamba-Nya.

“Apa yang perlu kita lakukan dengan tanggapan ini adalah perspektif secara keseluruhan adalah lumrah. Kalau nak menjawab ya atau tidak, saya tidak boleh kerana saya hanya meminjam daripada-Nya saja,” katanya. Adi juga meminta supaya tidak ada pihak yang menggelarkan dia jutawan kerana dia lebih selesa bergerak di belakang tabir. “Kalau boleh janganlah gelar saya jutawan. Saya lebih selesa bergerak di belakang tabir. Saya rasa semua dapat melihat sendiri di media sosial saya. “Ada sesetengah pihak yang menunjukkan kemewahan mereka di laman sosial, itu hak mereka. Bagi saya, saya lebih suka di belakang sebab banyak lagi urusan yang harus saya ceburi. Lakonan masih ada dan kalau berhenti, mereka rindu,” katanya.

Pada masa sama, Adi juga menjelaskan mengenai perniagaan agensi pelancongan yang ditubuhkannya sejak 2013 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini dengan membawa jemaah umrah dan haji. “Apa yang boleh saya kongsikan, pada 2013 saya menubuhkan satu syarikat agensi pelancongan menguruskan umrah dan haji sehingga sekarang. Cuma dua tahun itu (pandemik), tutup. Tapi, Alhamdulillah dengan kita permudahkan urusan ataupun orang, Insya-Allah Allah permudahkan urusan kita, dan capaikan hajat dan niat kita.

“Itulah permulaan saya dalam bidang perniagaan. Saya banyak di belakang tabir. Saya bukan pembimbing rombongan jemaah, tetapi saya menguruskan pentadbiran agensi saya dan juga yayasan supaya setiap manusia akan sampai ke destinasi mereka untuk melaksanakan ibadah umrah. Selagi ada Kaabah, selagi itu ada pekerjaan umrah mahupun haji itu harus dilaksanakan,” katanya. Terbaharu, Adi memegang watak Mejar Adnan dalam filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dan diarahkan Zulkarnain Azhar dan Frank See. Selain Adi, filem aksi itu juga menampilkan lakonan Aiman Hakim Redza, Nas-T, Sara Ali dan ramai lagi dan akan ditayangkan pada 25 Ogos ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *