Check in ramai ramai dekat chalet, terkedu pukul 2 pagi keluar suara perempuan dekat speaker

Mesti ada di antara korang yang suka luangkan masa hujung minggu bersama rakan-rakan, tak kisah lah buat aktiviti bersama ke ataupun check in beramai-ramai untuk menenangkan fikiran. Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan lelaki yang terkejut dan hairan apabila terdengar suara aneh ketika mereka sedang menginap di sebuah vila. Video yang telah tular itu mendapat 604K tontonan dan meraih 14.5K tanda suka di platform media sosial TikTok ketika artikel ini ditulis. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat gelagat beberapa rakan yang kehairanan setelah mikrofon yang berada di dalam vila itu ‘bernyanyi’ dengan sendirinya. Setelah diteliti, suara wanita tersebut sedang menyanyikan lagu yang berjudul ‘A Thousand Years’ oleh Christina Perri. Pada waktu kejadian, mereka semua sedang melepak dan jam menunjukkan pada jam 2 pagi di sebuah vila yang tidak dinyatakan tempatnya. Dalam video berlainan menunjukkan bahawa mereka semua yang berada di vila tersebut adalah lelaki dan tiada seorang wanita pun yang kelihatan.

Ada juga warganet yang mengatakan, kemungkinan ada jiran yang tersilap connect kepada speaker mereka kerana ia dikawal menggunakan ciri bluetooth. Pemilik akaun tersebut juga telah memberikan penjelasan dan menunjukkan kawasan sekeliling dan dia amat pasti bahawa tiada orang lain yang berdekatan di kawasan vila mereka. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan kejadian tersebut dan ada juga warganet yang berkata mungkin ada orang lain yang tersalah connect.

Sumber, lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *