Ramai lagi yang tak tahu di Trngganu kahwin tanpa izin boleh dikenakan denda sehingga RM33k atau ditahan

Sekiranya penduduk di Terengganu yang ingin berkahwin tanpa kebenaran termasuk di Thailand, pasangan, wali dan mana-mana saksi mungkin berdepan dengan hukuman yang agak berat kerana pihak agama negeri ini telah memperketatkan undang-undang berkaitan perkahwinan. Boleh denda hingga RM 33K untuk semua yang terlibat Lapor Ksmo!, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 menyatakan semua pihak yang terlibat boleh dikenakan denda dari RM 2,000 hingga RM 5,000, jika sabit kesalahan.

Untuk perkahwinan tanpa kebenaran, mahkamah syariah boleh mengenakan denda keseluruhan sehingga RM 33,000 kepada pengantin, wali dan dua saksi. Sumber melaporkan bahawa hukuman yang ditetapkan Terengganu mengenai perkahwinan tanpa kebenaran itu adalah antara yang tertinggi di negara ini. Dalam pada itu, Ketua Pendakwa Syariah Terengganu, Wan Abd. Malik Wan Sidek berkata, pengantin lelaki boleh berdepan sehingga 4 pertuduhan, manakala 2 bagi pengantin perempuan dan 1 pertuduhan bagi wali dan 2 saksi. Tambah beliau lagi, antara kesalahan yang boleh disabitkan untuk pengantin lelaki ialah akad nikah, berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran serta tidak melaporkan perkahwinan dalam tempoh dua bulan.

“Kesemua kesalahan itu di bawah Seksyen 37(1), Seksyen 125, Seksyen 126 dan Seksyen 32 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 membawa hkman denda RM2,000 hingga RM5,000. “Pesalah lelaki juga boleh ditahan sehingga 3 tahun.” Malah, untuk pengantin wanita pula, dia akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 32(2) dan Seksyen 125 enakmen sama. Dalam pada itu, untuk wali yang menikahkan anak mereka di Thailand pula boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36 enakmen sama iaitu mengakad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 dan diatahan sehingga tiga tahun.

“Saksi tempatan yang ikut serta dalam pernikahan di Siam juga tidak terlepas hukuman kerana bersubahat di bawah Seksyen 137 enakmen sama.” Menurut Wan Abd Malik lagi, hukuman tinggi yang mula diwartakan pada 6 tahun lalu itu bertujuan agar dapat menghalang pasangan di Terengganu bernikah tanpa kebenaran di luar negara. “Perkahwinan yang suci di sisi agama termasuk poligami sepatutnya dilaksanakan secara ter­tib di negeri sendiri bagi mengelak implikasi negatif pada masa hadapan.” Kredit, lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.