Terlibat dengan kejadian tak diingini, ini keadaan terkini Khiriah buat ramai yang mendoakan

PELAKON Noorkhiriah berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sehingga kenderaan itu bergerak laju sebelum kena sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan. Akibat kejadian itu, Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, mengalami kelukaan pada tangan kanannya yang mengalami lbm dan tisu koyak. Bagaimanapun kata pelakon yang sedang menjalani penggambaran drama berjudul Bosskid itu, kejadian berkenaan adalah disebabkan kecuaian diri sendiri dan bukannya pihak produksi. “Alhamdulillah akak okay cuma tangan berbalut dan lbam-lbm manja sahaja. Tak patah, cuma tisu koyak.

“Apa yang terjadi adalah atas kesalahan akak sendiri bukan produksi. Jangan salahkan mereka. Mereka sudah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya. Khiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Isnin. Terdahulu, Khiriah memuat naik sebuah rakaman video ketika menunggang motosikal dalam babak yang dilakonkan. Dalam pada itu, Khiriah berkata, selepas kejadian, pihak produksi menyarankan untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang keadaannya boleh bertukar menjadi teruk. “Terima kasih kepada pihak produksi, keluarga dan sahabat yang mesej bertanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan korang.

“Lepas saja kejadian masing-masing suruh akak jumpa doktor takut kejadian lebih teruk,” ujarnya. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Noorkhiriah muat naik gambar bersama suami sempena ulang tahun perkahwinan, Ucapan Noorkhiriah pada suami buat ramai sebak. Siapa tak kenal dengan wanita ini. Noorkhiriah titip ucapan buat suami tercinta. Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa bersalah apabila suaminya, Azfaizul Ahtan terpaksa menanggung dosa dilakukan sejak mereka berkahwin 16 tahun lalu. Noorkhiriah, 43, berkata, sebagai isteri dia enggan menyusahkan suaminya malah dirinya turut terasa ‘sakit’ apabila Azfaizul terpaksa menanggung semua kesalahannya.

Luahnya lagi, “Teruskan doakan saya, sakitnya bila awak terus menanggung dosa saya. Semoga Allah tarik saya ke jalan kebenaran. Saya tidak mahu susahkan awak dunia dan akhirat,” katanya. Noorkhiriah berkongsi perkara itu sebagai sebahagian ucapan bersempena ulang tahun perkahwinan ke-16 mereka pada Jumaat di Instagram.

Noorkhiriah syukur perkahwinan cecah 16 tahun

Menerusi perkongsian berasingan, Noorkhiriah turut memohon maaf kepada suami atas semua kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang mereka mendirikan rumah tangga. Jelasnya dalam hantaran tersebut, dia banyak melakukan kesalahan dan mendoakan agar Allah membalas segala kebaikan suaminya di dunia serta akhirat kelak.

Jelasnya lagi, “Pakaian suami adalah pakaian isteri, genap 16 tahun awak jadi imam saya di Jumaat yang mulia lagi berkah ini. Kurang lebih saya minta maaf. Saya ini banyak salah daripada betul. “Untung saya dapat awak dan jangan rugi dapat saya. Maklumlah kadang saya menghiburkan, kadang memeningkan. “Semoga Allah membalas segala kebaikan awak di dunia dan akhirat. Ikhlas daripada tulang rusuk kiri,” tulisnya.

Noorkhiriah bersalah susahkan dunia dan akhirat suami.

Pemenang Pelakon TV Komedi Terbaik (Telefilem) Anugerah Seri Angkasa 2022 tersebut turut mengharapkan doa daripada peminat agar perkahwinan yang dibina berkekalan. “Korang doakan akak dan suami till jannah. Semoga Allah angkat dan makbulkan doa kalian,” katanya. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2006 lagi dan memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff. Sumber, mstar