Muat naik gambar dengan anak anak di airport, tapi komen Dr Fadzillah Kamsah buat ramai yang sebak

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Menerusi satu hantaran di laman Instagram sebentar tadi, pelakon berusia 37 tahun itu memuat naik beberapa keping foto ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Berdasarkan kapsyen, Sarah yang mengenakan penampilan serba putih berharap orang ramai mendoakan dirinya dan anak-anak sekali gus dipermudahkan urusan sepanjang berada di Tanah Suci. “Doakan Sarah dan anak-anak ya,” tulis Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Walau bagaimanapun, kelibat suaminya Syamsul Yusof tidak kelihatan sebaliknya hanya ibu bapa serta adik beradik Sarah yang dilihat hadir mengiringi perjalanan tersebut di KLIA. Difahamkan, ini adalah kali keenam pelakon drama Suri Hati itu menunaikan umrah dimana empat kali bersama suaminya yang juga pengarah popular sebelum memiliki cahaya mata. Sehingga kini, dia terus menjadi perhatian ramai selepas memfailkan permohonan perpisahan terhadap Syamsul yang mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand. Meninjau diruangan komen, Datuk Dr Fadzilah Kamsah turut mendoakan perjalanan Puteri Sarah dan anak-anak menunaikan umrah dipermudahkan membuatkan ramai yang sebak.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber, Instagram Puteri Sarah, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Ungkit pasal nafkah anak, ini pula tindakan Puteri Sarah Liyana lepas suami unblock wasap. Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil mengulas kenyataan yang dibuat oleh suaminya, Syamsul Yusof menerusi video yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini. Sarah turut tinggalkan persoalan adakah komunikasi menerusi pembantu rumah, ibu mentua dan adik-adik merupakan cara baru untuk berhubung pada ketika ini. Sebelum ini, Syamsul berkata dia tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai suami dan bapa terhadap Sarah dan anak-anak. Berikutan daripada itu, Sarah meminta Syamsul untuk tidak mengungkit hal berkenaan.

“Itu tidak perlu diungkit kerana sebagai suami dan ayah kepada anak-anak kami, itu adalah tanggungjawabnya. Malah, dia juga masih perlu memberikan nafkah. Jika ada sebarang komunikasi itu antara ibu saya dan juga dia. Seperti yang dia (Syamsul) tegaskan itu, komunikasi kami adalah melalui ibu saya dan juga dia. Dia juga sudah berhenti menyekat saya di Whatsapp selepas video yang dimuat naik olehnya. Namun, jika ada komunikasi selepas ini, mungkin melalui peguam.” Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Rupanya sebelum ni ibu dan ibu mertua yang bergilir jaga anak, Puteri Sarah nekad untuk cari pembantu rumah baru. Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan yang dia kini sedang mencari pembantu rumah yang baharu kerana pembantu rumah sedia ada telah melarikan diri. Menerusi kemas kini di Instagram Story, Puteri Sarah berkata, buat masa ini, dia tidak mempunyai pembantu rumah dan secara tidak langsung menyukarkannya untuk keluar pergi bekerja. “Saya mencari pembantu rumah asal Filipina sebab pembantu saya lari. Dah lama tinggal satu pembantu sahaja. Sekarang tiada pembantu langsung. “Ada sesiapa mempunyai contact untuk pembantu Filipina? Saya shooting dengan tiada orang jaga anak-anak lagi. Puteri Sarah ada dua pembantu?” tulisnya.

Tidak berapa lama kemudian, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu memuat naik satu lagi status, mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sudi berkongsi nombor agensi untuk dihubungi bagi mendapatkan pembantu rumah. “Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tolong kongsi nombor ejen bagi pembantu rumah. Saya dah hubungi beberapa. Memang tiada siapa nak tengokkan anak-anak sekarang. “Saya pula shooting. Kesian dekat mak saya yang nak kena jaga anak-anak. Kadang-kadang bergilir dengan mak mentua saya tolong jagakan.

“Rasa bersalah, memang susah nak dapat pembantu baharu sekarang,” tutupnya. Terdahulu, kisah rumah tangga Puteri Sarah kembali menyorot perhatian warganet apabila Syamsul mended4hkan yang dia telah pun bernikah dengan Ira Kazar baru-baru ini, menjadikan Puteri Sarah kini bermadu dengan anak perempuan kepada pelakon Kazar Saisi itu.

Komen warganet:

Sumber, gempak.com.