Tak dapat tahan sebak sebab kena kritik dengan Mas Idayu, ini pula pesan Naim buat Sisy Iman

Hujung minggu lepas, kecoh di media sosial apabila peserta rancangan realiti nyanyian Famili Duo, Sissy Imann dan pasangannya Naim Daniel diberikan kritikan pedas oleh Mas Idayu yang merupakan salah seorang juri dalam rancangan itu. Persembahan lagu Jampi yang dikeroncongkan itu tidak dapat menarik pujian daripada Mas Idayu sebaliknya dia memberikan komen dengan nada yang menengking. Sejurus persembahan itu, Sissy Imann berkongsi rasa sedihnya sehinggakan ingin menjual albumnya yang dirakamkan di Abbey Road Studio, London dengan serta-merta walaupun ia sepatutnya dijual pada bulan Februari depan.

Berkongsi kesedihan, pasangannya dalam rancangan tersebut Naim Daniel turut menitipkan pesanan kepada Sissy Imann yang menyatakan mereka sedang berhadapan dengan sesuatu yang besar dan pertandingan itu bukanlah sesuatu yang mudah. “Biasalah, drh mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan… Tidak mengapa, saya ada. Kadang, ada hari di mana kita berdua mti akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak ‘bedal’ supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal. Tak mengapa, saya ada,” tulisnya.

Selain menenangkan pasangannya itu, Naim turut berkongsi suka-duka mereka di dalam pertandingan tersebut dan dia turut memberitahu bahawa dia akan sentiasa bersama pasangannya itu dalam susah dan senang. Semoga Naim dan Sissy terus kuat! Kredit, Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *