Buat majlis simple je, ramai yang suka bila tengok Anju pakai tudung masa bertunang

Baru-baru ini pelakon, Zarina Anjoulie selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey. Malah momen gembira itu juga dikongsi oleh kedua-dua pasangan ini menerusi platform media sosial masing-masing. Selain majlis sarung cincin, apa yang menarik perhatian warganet adalah cara majlis pertunangan pasangan ini berlangsung. Rata-ratanya mengagumi Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini kerana tidak melakukan majlis besar sebaliknya memilih untuk bersederhana walaupun berkemampuan.

Antara komen diterima. “Simple je tapi still nice… Tahniah Anju dan pasangan, semoga dipermudahkan segala urusan,”“Walaupun kaya tapi tak berlagak pun, sederhana je majlis tunang dia, suka tengok” “Tahniah Anju dan pasangan. Alhamdulillah suka tengok kesederhanaan majlis yang Anju pilih,” Dalam pada itu, Warganet juga turut memuji Anju yang kelihatan begitu manis sekali mengenakan hijab. “Alhamdulillah… Tahniah Anju, manis bertudung, moga mendapat kebahagiaan dunia akhirat,” “Anju ni muka Arab, kalau bertudung memang cantik MashaAllah,”

“Suka tengok Anju pakai hijab. Semoga dipermudah semua urusan dan perkahwinan kekal abadi. Aamin,” “Tahniah Anju, suka tengok dia bertudung. Wanita bila dapat lelaki yang tepat, pasti berubah ke arah yang lebih baik,” Terdahulu, Anju sebelum ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac depan. Kredit, Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Anju dah nak kahwin tak lama lagi, sekali bila tengok harga cincin bukan biasa biasa. Umum mengetahui pelakon, Zarina Anjoulie sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan teman lelakinya Datuk Seri Khazrul Elzey dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Baru-baru ini, Zarina atau lebih mesra disapa Anju ada berkongsikan video membeli cincin kahwin bersama bakal suaminya dan kedua ibu bapanya. Menerusi video tersebut, Anju dilihat teruja serta sempat menghadiahkan gelang emas buat ibunya, Norzaini Abdul Hamid serta mengucapkan terima kasih pada bakal suaminya. Turut menjadi perhatian, Anju dilihat mahu memilih cincin lebih murah namun kekasihnya melarang serta mengatakan hanya yang termahal sahja untuk Anju.

Difahamkan, Anju bakal dirisik pihak bakal suaminya pada Sabtu ini namun belum berkahwin tarikh pernikahan mereka. Video dikongsikan Anju mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut tumpang gembira serta ada yang mendakwa cincin dipilih bakal suami Anju itu berharga RM200,000. Sementara itu di Insta Story, pelakon itu dilihat ada memuat naik gambar cincin berkenaan berserta tanda harga. Sebelum ini, Zarina berkongsi berita gembira apabila dilihat sudah menempah baju perkahwinan di butik pengantin untuk hari bahagianya.

Di TikTok, viral beberapa rakaman video di mana pelakon, Zarina Anjoulie dilihat membawa kekasihnya, Datuk Sri Khazrul Elzey berjumpa dengan keluarga sebelah bapanya. Lebih jadi perhatian, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju merupakan cucu kepada kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Y.M Tengku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim. Keluarga sebelah bapa Anju. Terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda Anju, Y.M Tunku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim. Menerusi video tersebut juga, nenda kepada Anju turut memberi nasihat kepada Elzey agar banyak bersabar apabila sudah berumah tangga dengan cucunya, kelak.

Terima kasih Mak Engku (nenda) nasihat Mak Engku kepada anakanda ‘Kalau Anju marah anakanda keluar sekejap rumah jangan lwn jangan gdh kena bersabar’. InsyaAllah Nenda, anakanda akan menjaga Anju cucu nenda dengan baik. Pada masa yang sama, Elzey turut berterima kasih kepada keluarga Anju kerana menerima baik kedatangannya. Terima kasih kepada Tengku Cik, Nik Fazirudean dan Nik Faris. Thank you very much to wish me welcome in your family’s. I love you all till Jannah. SUMBER, CARI FORUM.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *