Selamba je boleh perli Adamm dekat mahkamah, ini pula respon dari Aliff bila ada warganet yang komen

KES perebutan hak penjagaan anak diantara pelakon Adam Shahz bersama bekas isteri iaitu Fatin Afeefa kembali menjadi perhatian ramai. Ia ekoran Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, dikatakan tidak dapat bertemu dengan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia sejak tiga bulan lalu. Bagaimanapun Adam dan Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, gagal mencapai kata sepakat berhubung penjagaan anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis. Disebabkan itu, proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut bagaimanapun disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.

Fatin dan Adam gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak penjagaan anak mereka. Namun tindakan suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang turut menarik perhatian warganet apabila berkongsi satu petikan pendek yang terletak di perkarangan mahkamah itu. Menerusi video yang dimuat naik itu, Aliff membaca petikan berkenaan namun kamera telefonnya memfokuskan ke arah Adam yang ketika itu sedang sibuk dengan telefon bimbitnya di tempat menunggu. “Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya,” katanya. Aliff berkongsi perkara itu menerusi akuan TikTok miliknya pada Khamis. Video tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata kagum dengan keberanian Aliff memerli bekas suami isterinya itu dan tidak kurang ada menganggap tindakannya itu bersikap kebudak-budakkan. Klik sini untuk lihat video.

“Berani dia gula-gulakan member depan mata. Bang kuat sikit cakap dia tak dengar itu. “Bang jangan jujur sangat, tak terbayang kalau dia tengok video ini. Tak takut ke? “Padu! suami macam ini bagus. Bukan sorok belakang bini terang-terang dia perli,” antara komen warganet. Dalam pada itu, Aliff turut membalas beberapa komen dari pengikutnya yang menunjukkan dia tidak gentar dengan tindakannya itu. “Aku tak takut dengan mamat ini? Apa dia nak buat? Okay lah, hiburan. Dia boleh… takkan kita tak boleh,” ujarnya. Adam Shahz dan bekas isteri iaitu Fatin Afeefa gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.

Proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut bagaimanapun disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim. Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, ketika ditemui berkata, dia tetap dengan pendirian untuk mendapatkan haknya sebagai seorang bapa agar silaturahim mereka tidak terputus. Kata Adam, meskipun tidak mendapat hak penjagaan bersama, sekurang-kurangnya dia mahukan hak lawatan untuk bertemu anak kesayangannya itu.

“Saya cuma mahu berjumpa anak… kalau saya tak dapat hak penjagaan pun, saya mahu hak lawatan. “Sepatutnya perkara ini tidak menjadi isu walaupun kami sudah berpisah tetapi kalau tengok situasi sekarang, saya perlu dapatkan hak saya,” katanya. Dalam pada itu, Adam berkata, dia sudah tiga bulan tidak bersua muka dengan Ivy yang kini sudah berusia lapan tahun. Kata Adam, dia sendiri tidak tahu keberadaan anaknya itu kerana nombor telefonnya telah disekat oleh keluarga bekas mentua. “Sebagai bapa, saya sendiri pun tak tahu mana anak saya sekarang. Katanya, masuk asrama.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang anak saya sebab pihak sebelah Fatin dan bekas ibu mentua sekat nombor telefon saya,”ujarnya. “Apa yang saya dapat tahu, ada sumber cakap anak saya dimasukkan ke sebuah sekolah asrama. Tapi sekolah asrama mana pun saya tak tahu,” katanya. “Sebelum ini saya boleh berjumpa dengan Ivy antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi. “Katanya anak saya dimasukkan ke sebuah tempat mengaji. Jadi waktu saya hanya Sabtu dan Ahad setiap minggu. Itu sahaja. “Sebagai seorang ayah, saya bukan nak minta hak lebih. Tapi bila saya ada cuti, permudahkanlah urusan saya. Adakan masa anak dengan saya. Itu sahaja,” tegasnya.

Untuk rekod, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29 dan Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, berkahwin pada 21 Disember 2013 namun mereka berpisah pada 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 8 tahun. Pada 30 Disember tahun lalu, Fatin berkahwin dengan Aliff dalam sebuah majlis tertutup. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.