Ank sebagai penguat rumahtangga, tak sangka ini pula janji Aeriil Zafrel pada isteri

Menganggap kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga bergantung kepada individu, pelakon Aeril Zafrel bagaimanapun berjanji akan tetap setia bersama isteri tercinta, Wawa Zainal. Mohon doa untuk kebahagiaan mereka berdua, Aeril berkata dia juga meletakkan anak-anak sebagai kekuatan dalam rumah tangga. Soal orang ketiga ini, segalanya bergantung kepada individu itu sendiri. Perkara ini takkan berlaku kalau bertepuk sebelah tangan.

“Bagi saya pula, saya akan selamanya setia bersama Wawa. InsyaAllah, hanya ajl yang dapat memisahkan kami. Itu yang saya harapkan. Saya mohon juga para peminat doakan kesejahteraan keluarga kami. “Anak-anak saya masih kecil. Saya selalu terfikir, kalau kami berpisah apa yang akan terjadi kepada mereka. Macam mana mereka akan membesar? Mereka pasti akan terkesan,” katanya. Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata. Sumber, PA&MA. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Aeril Zafrel dedah nak tengok Nad Zainal dekat hospital, tapi benda ni yang buatkan dia tak berani. Pelakon Aeril Zafrel memberitahu yang dia berhasrat untuk melawat Nad Zainal yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Ampang Puteri, Selangor. Namun, disebabkan rasa keresahan (anxiety), dia tidak mampu untuk berbuat demikian. “Disebabkan pengalaman peribadi sebelum ini, saya ada anxiety bila tengok seseorang dalam keadaan sebegitu (sakit). Sana nak melawat, tapi dalam masa sama anxiety tu datang. “Saya rasa setengah orang tahu perasaan itu macam mana… bila kita datang tengok orang sakit, kita jadi tak senang. Insya-Allah, saya memang nak melawat Nad dan kalau ada masa, saya akan cuba ke hospital,” katanya kepada Gempak.

Aeril ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis. Dalam pada itu, Aeril menyeru sesiapa yang mengenali Nad supaya sentiasa berdoa agar diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. “Ketika dengar dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, of course saya terkejut sangat. Sebab kita tak nampak dia ada sebarang penyakit sebelum ini. Betul-betul mengejutkan. “Tambahan pula, Nad merupakan anak tunggal dan semestinya ia satu dugaan yang berat untuk familinya.

Nad pun ada anak yang memerlukan dia, saya harap rakyat Malaysia doakan kesihatan Nad untuk sembuh seperti sedia kala. Sebab doa sahaja yang boleh selamatkan dia,” katanya menutup perbualan. Untuk rekod, Aeril dan Nad pernah membintangi sebuah telefilem berjudul Mengharap Sebuah Keredaan. Telefilem tersebut disiarkan pada 2017. Terdahulu, Nad Zainal dimasukkan ke hospital kerana jangkitan pada paru-paru. Sumber GEMPAK.