TokTi dikatakan beli rumah dekat Dubai, tak boleh berdiam sekali ini pengakuan dari tuan badan

Sebelum ini, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik video kondominium mewah di The AddressResidences, Dubai. The AddressResidences adalah kediaman kondominium servis eksklusif yang terletak di pusat bandar Dubai. Bangunan setinggi 56 dan 64 tingkat itu direka berdasarkan bentuk kapal layar laut Arab. Hasil tinjauan dalam enjin carian google mendapati kondominium yang terletak berhampiran bangunan terkemuka, Burj Khalifa dan The Dubai Mall itu bernilai lebih RM 20 juta satu unit.

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, tampil menjelaskan spekulasi mengenai pembelian sebuah kediaman m.ewah di Dubai, baru-baru ini. Ketika ditemui Siti menafikan kediaman itu mencecah nilai puluhan juta ringgit. Semua orang ada impian dan itu merupakan antara impian saya. Saya anggap pembelian hartanah itu adalah sebagai satu pelaburan. Selain itu saya juga bercadang ingin menggembangkan perniagaan di Timur Tengah. Saya juga memang suka dengan Dubai kerana ia sebuah negara yang pesat membangun. “Pun begitu, harganya tidaklah sebagaimana yang digembar-gemburkan. Saya belum mampu lagi capai tahap itu,”katanya.

Disoal mengapa memilih Dubai, Siti berkata, Timur Tengah merupakan salah satu lokasi strategik untuk memperkembangan perniagaan. Timur tengah salah satu pasaran yang pesat untuk saya cari peluang di sana. Lagi satu saya pilih kerana saya suka Dubai. Berkemungkinan satu hari nanti kerjaya saya akan berkembang di sana. Dubai juga salah satu negara Islam yang maju. “Segala yang terbaik ada di sana. Selain saya suka dengan kepesatan dan pembangunan di sana,” tambahnya. Disember lalu, Siti berkongsi momen dan suasana berada disebuah kediaman di Dubai ketika dia sedang bercuti bersama keluarganya di negara itu menerusi beberapa hantaran di InstagramStories.

Asyraf Khalid turut meluahkan rasa bangganya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh penyanyi tersohor tanah air itu menerusi sebuah perkongsian di Instagram. Terdahulu, Siti ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya yang ke44 dan penubuhan kelab peminat, Sitizoners yang ke19, di Magica BanquetHall, di sini, sebentar tadi. Sumber, Komedi Media. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *