Aeril Zafrel akui takkan cari perempuan lain sebab nak jaga kepercayaan yang isteri bagi

Pelakon Aeril Zafrel, 35, menyifatkan perbuatan ‘menduakan’ terhadap pasangan boleh dilakukan sesiapa saja terutama lelaki di mana-mana dan bukan hanya dalam media sosial semata-mata. Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari ditemui berkata, bagaimanapun faktor boleh berlakunya perbuatan berkenaan tetap bergantung kepada sikap seseorang individu itu sendiri. Kalau nak menduakan, bukan cakap di Instagram saja, menerusi aplikasi seperti Waze pun dah boleh. Ada banyak cara kalau nak buat macam itu, tapi apapun semuanya tetap bergantung pada individu itu sendiri. Tapi bukan untuk saya nak buat begitu. Saya tak boleh buat bukan sebab isteri, Wawa saja, tetapi sebab saya juga perlu menjaga nama dan imej. Tipulah, kalau lelaki tak ada niat nak ‘try’ (cuba),” katanya kepada Harian Metro.

Aeril berkata, dia yang pernah mengalami penyakit misteri dulu perlu berpegang pada nasihat gurunya agar tidak cuba untuk menduakan kerana sekiranya dilakukan ada kemungkinan dia akan diganggu dan sakit semula. Mengulas juga mengenai sebarang syarat sudah diletakkan isterinya, Aeril berkata dia dan Wawa tiada rahsia dan hubungan mereka ‘telus’. Jelasnya, Wawa boleh saja membuka akaun media sosial atau memeriksa kiriman mesej WhatsApp di telefonnya kerana sudah meletakkan kepercayaan penuh.

Dia (Wawa) dah percaya dengan saya, jadi saya tak boleh hancurkan kepercayaan itu. Wanita kalau dah percaya dengan kita, untuk dia percaya semula kali kedua pasti ada sisi was-was dihati. Jadi, saya tak nak ada perkara itu (perasaan curiga pasangan). Lagi pula, tanggungjawab saya besar dan saya tidak mahu kerana sikap sendiri nanti akan memberi kesan kepada banyak benda seperti karier seni, perniagaan, perasaan anak-anak serta keluarga boleh terganggu” katanya. Berikutan dakwaan curang yang berlaku kepada pelakon Aliff Aziz dan ‘heroinnya’, Sophia AlBarakbah kini, Aeril yang pernah bergandingan dengan wanita itu dalam sebuah drama menyifatkan karakter diri Sophia baik dan lemah lembut.

Bagi saya, dia (Sophia AlBarakbah) baik. Lemah lembut. Karakternya manja. Jadi, mungkin ada yang senang jatuh hati kerana dia mempunyai pesona itu (buat lelaki jatuh cinta dengan mudah). Pembawaan dirinya memang begitu (manja dan lemah lembut). Tapi, ini hanya pendapat saya sebab saya pun dah anggap Sophia sebagai kawan saja,” katanya mengakui sentiasa berpesan dengan pelakon wanita bahawa mereka rapat ketika urusan kerja saja. Berbicara drama terbaharu, Aeril mengakui dia teruja bakal muncul dalam drama, Serpihan Sayang untuk watak antagonis arahan Amor Rizan yang mengisi slot Samarinda TV3 mulai 25 Februari ini. Membawa watak lelaki psiko, drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd itu membariskan pelakon hebat lain seperti Fasha Sandha, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.

Kredit Harian Metro PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.