Amerul Affendi menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Prebet Sapu

Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantapnya dalam filem Prebet Sapu sempena penganjuran Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (AMPFKL) 2021/2022, baru-baru ini. Amerul menerusi Instagram berkata, walaupun ia bukan anugerah berprestij seperti anugerah lain di negara ini, tetapi mereka yang menilai sangat arif mengenai sesebuah karya filem dan tidak terikat dengan mana-mana pihak yang berkepentingan.

Terima kasih AMPFKL atas penghargaan yang diberikan. Tahniah juga buat seluruh team (pasukan) filem Prebet Sapu. Ini adalah penghargaan buat kalian semua yang bertungkus lumus menjayakan karya ini. Tanpa kalian semua ia tidak akan membuahkan hasil sebegini. Dalam perkongsiannya lagi, Amerul berkata, pengarah filem Prebet Sapu, Muzzamer Rahman memaklumkan ia adalah kemenangan yang tertangguh selepas mereka gagal membawa pulang trofi di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung pada 2 Disember tahun lalu. Prebet Sapu adalah projek kerjasama graduan-graduan kesenian tanah air. Kita tidak punya modal yang besar untuk menghasilkan karya ini tapi kita punya impian yang tinggi. Sumber Sensasi seleberiti.

Kita sudah membuktikan dan membuka jalannya. Semoga yang selepas kita dapat meneruskan usaha ini. Pada masa sama, Amerul turut menitipkan pesanan buat bakal graduan yang masih menimba ilmu dari lapangan kesenian teater terus berjuang sebagai pelakon yang berdisiplin dan berilmu. Selain Amerul, filem Prebet Sapu atau Hail, Driver! diterajui Mei Fen Lim dan Bront Palarae. Kredit Harian Metro.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.