Nampak macam rindu Puteri Sarah, Syamsul Yusof muat naik video bercuti di Tokyo jadi perhatian warganet

Pergolakan rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertama Puteri Sarah Liyana masih menemui jalan buntu selepas sang isteri memfailkan untuk berpisah pada Januari lalu. Malah, Syamsul didkwa banyak melebihkan isteri keduanya, Ira Kazar selepas ketidak hadirannya ketika Puteri Sarah dan anak-anak berangkat ke umrah dipertikai. Namun, terbaharu Syamsul menerusi akaun TikTok miliknya dilihat memuat naik semula video kenangan ketika bercuti di Jepun bersama Puteri Sarah dan anak pertamanya Syaikhul yang ketika itu masih bayi.

Video berkenaan menunjukkan seolah-olah Syamsul memberi bayangan dia sedang rindukan isteri pertama dan kenangan sewaktu bersama. Malah lagu Aku Masih Sayang dari kumpulan popular Indonesia ST12 itu telah dimuat naik menjadi muzik latar untuk video tersebut. “Aku, sungguh masih sayang pada mu, jangan sampai kau meninggalkan aku,” bait-bait dari potongan lagu tersebut yang dimuat naik. Menerusi video berkenaan Syamsul tengah bergembira di meja makan sebuah restoran di sana sambil anaknya sedang berada di kereta sorong. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, Syamsul telah menutup ruangan komen di video TikTok berkenaan yang setakat ini sudah mendapat tanda suka hampir 2,000. Terdahulu, nama pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian ramai gara-gara krisis yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar. Malah, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan perpisahan kerana sudah tidak mahu memberi harapan terhadap rumah tangganya.

Sumber, Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.