Terpaksa batalkan persembahan sebab Aafiyah jatuh skooter, TokTi dedah keadaan terkini ank buat ramai yang mendoakan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan satu persembahan secara mengejut yang telah dijadualkan semalam apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah dikejarkan ke pusat rawatan. Menerusi perkongsian beliau di Insta Story, biduanita itu memohon maaf kepada pelanggannya kerana memaklumkan perkara tersebut di saat akhir kerana anaknya baharu sahaja mengalami kecederaan. Menurutnya, Siti Aafiyah terjatuh ketika bermain scooter sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan. Beliau juga memaklumkan yang anaknya perlu dimasukkan ke Occupational Therapy (OT).

Siti turut berkongsi keadaan tangan Aafiyah yang berbalut dan sebelum menerima rawatan lanjut. Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru Tokti di Instagram, beliau memaklumkan Aafiyah dalam keadaan baik dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anaknya. Siti turut menjunjung kasih kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana bertanya khabar serta mendoakan anaknya segera sembuh. Untuk rekod, Siti Aafiyah merupakan anak pertama Siti selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini telah menimang cahaya mata perempuan pada 2018. Beliau dan suami, Datuk Seri Mohamad Khaled Jiwa menimang seorang lagi cahaya mata pada 2021 yang diberi nama Muhammad Afwa. – MalaysiaGazette. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

TokTi dikatakan beli rumah dekat Dubai, tak boleh berdiam sekali ini pengakuan dari tuan badan. Sebelum ini, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik video kondominium mewah di The AddressResidences, Dubai. The AddressResidences adalah kediaman kondominium servis eksklusif yang terletak di pusat bandar Dubai. Bangunan setinggi 56 dan 64 tingkat itu direka berdasarkan bentuk kapal layar laut Arab. Hasil tinjauan dalam enjin carian google mendapati kondominium yang terletak berhampiran bangunan terkemuka, Burj Khalifa dan The Dubai Mall itu bernilai lebih RM 20 juta satu unit.

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, tampil menjelaskan spekulasi mengenai pembelian sebuah kediaman m.ewah di Dubai, baru-baru ini. Ketika ditemui Siti menafikan kediaman itu mencecah nilai puluhan juta ringgit. Semua orang ada impian dan itu merupakan antara impian saya. Saya anggap pembelian hartanah itu adalah sebagai satu pelaburan. Selain itu saya juga bercadang ingin menggembangkan perniagaan di Timur Tengah. Saya juga memang suka dengan Dubai kerana ia sebuah negara yang pesat membangun. “Pun begitu, harganya tidaklah sebagaimana yang digembar-gemburkan. Saya belum mampu lagi capai tahap itu,”katanya.

Disoal mengapa memilih Dubai, Siti berkata, Timur Tengah merupakan salah satu lokasi strategik untuk memperkembangan perniagaan. Timur tengah salah satu pasaran yang pesat untuk saya cari peluang di sana. Lagi satu saya pilih kerana saya suka Dubai. Berkemungkinan satu hari nanti kerjaya saya akan berkembang di sana. Dubai juga salah satu negara Islam yang maju. “Segala yang terbaik ada di sana. Selain saya suka dengan kepesatan dan pembangunan di sana,” tambahnya. Disember lalu, Siti berkongsi momen dan suasana berada disebuah kediaman di Dubai ketika dia sedang bercuti bersama keluarganya di negara itu menerusi beberapa hantaran di InstagramStories.

Asyraf Khalid turut meluahkan rasa bangganya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh penyanyi tersohor tanah air itu menerusi sebuah perkongsian di Instagram. Terdahulu, Siti ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya yang ke44 dan penubuhan kelab peminat, Sitizoners yang ke19, di Magica BanquetHall, di sini, sebentar tadi. Sumber, Komedi Media.