Kos perbelanjaan lebih dari RM150k, ini pula luahan dari Ayda Jebat lepas dapat tempat kedua

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat akur meraih naib juara di pentas akhir Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam malam tadi. Menurut laporan Xtra, Ayda yang bergandingan bersama adiknya Fyna Jebat menganggap rezeki tidak menyebelahi mereka meskipun telah mengeluarkan kos melebihi RM150,000 untuk program tersebut. Mengulas lanjut, penyanyi berusia 31 tahun itu tetap berpuas hati atas hasil usaha mereka walaupun menganggap jumlah kos dikeluarkan tidak berbaloi. Berpasangan dengan adiknya, Fyna Jebat, mereka ditumpaskan oleh duo adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah.

Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, Ayda berterima kasih kepada peminat yang menyokong perjalanan mereka dalam program Famili Duo. Perjalan hingga ke konsert akhir membuatkan kami rasa gembira dan bersyukur. Semestinya kami sudah sehabis baik berhempas pulas untuk meraih gelaran juara tapi tiada rezeki. Kami percaya setiap aturan Allah dan pastinya ada hikmah tersembunyi. Apa yang paling penting, semua yang kami lakukan adalah untuk peminat yang selama ini tak henti menyokong,” katanya. Mengulas mengenai kos perbelanjaan dikeluarkan saban minggu mencecah lebih RM150,000 yang tidak berbaloi, penyanyi lagu Temberang ini puas kerana dapat memberikan terbaik. Sumber Xtra.

Kapal terbang, sarkas, tapak pembinaan, konsert rock dan macam-macam lagi… Semua sudah kami tonjolkan setiap minggu. Menghitung semula kos yang saya keluarkan sendiri, secara kontra ia tidak berbaloi dari semua segi, termasuklah soal usaha, kreativiti, masa, tenaga dan sebagainya. Tapi saya gembira kerana sebagai penyanyi, saya puas dapat menghiburkan orang ramai. Saya sudah berikan terbaik untuk peminat. Cuma mungkin saya perlu fikirkan soal ‘practicality’. Kredit Malay News PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.