2 ekor anjing K9 turut serta SAR di Turkiye, siap ada ganjaran sekali untuk anjing tu

Khidmat cemerlang di tanah runtuh Batang Kali, 2 hero Denti & Frankie sertai SAR di Turkiye, ramai yang caring selepas 55 hari berkhidmat dengan cemerlang dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh batang kali, Hulu Selangor, dua hero diterbangkan pula ke Turkiye. Dua ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu Denti dan Frankie telah berlepas ke Istanbul malam tadi. Ia diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki penerbangan Turkish Airlines bagi misi SAR sasaran gempa bumi di selatan Turkiye. Sumber Free Malaysia

Menurut laporan media tempatan, turut diterbangkan bersama mereka adalah bola tenis iaitu ‘reward’ (ganjaran) kepada hero berkaki empat itu, yang diberi jika usaha mereka berhasil di lokasi SAR, kata pengendali Denti (baka Labrador), Tony Albert Mani, 29. Menurut Tony, sebaik bencna gempa bumi dilaporkan di selatan Turki serta kawasan utara Syria pada awal Isnin lalu, unit K9 mula dipersiapkan dengan menjalani latihan yang lebih ketat. Selain Denti dan Frankie, Malaysia pada Rabu turut menghantar 20 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), 30 anggota JPBM dan 20 pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Dalam pada itu, orang ramai berharap dengan bantuan Denti dan Frankie di sana dapat melancarkan lagi operasi SAR tersebut. Rata-rata warga maya mendoakan kesihatan Denti dan Frankie dan berharap ia dapat bekerja dengan sebaiknya. Kredit Sinar Plus PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.