Genap 3 tahun dah Abam tiada, Hidayah luah rasa terkilan bila pergi rumah sendiri jadi macam ni

GENAP tiga tahun selepas pelawak Abam pergi menghadap illahi, balunya iaitu Norhidayah Mohd Ali mengambil keputusan berkunjung ke kediaman yang pernah mereka tinggal di Gombak pada Jumaat. Bagaimanapun kata Hidayah, kunjungannya ke rumah tersebut tidak disambut baik oleh keluarga suaminya apabila kedatangannya juga tidak diendahkan meskipun beberapa kali memberi salam. “Hari Jumaat yang mulia ini, sempena tiga tahu pemergian suami, saya datang ke rumah kami. Sekarang kami di rumah tetapi tiada siapa yang menyahut atau membuka pintu. “Tengok ini ada kereta dan motosikal tetapi tiada siapa yang jawab salam atau keluar daripada rumah. Saya dah satu jam dekat sini,” katanya.

Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Hidayah turut berkongsi rakaman keadaan sekeliling rumah yang dipenuhi semak samun seperti tidak dijaga dengan baik. “Rumah macam hutan. Sedih tengok keadaan rumah. Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa. Datang rumah sendiri tapi tak bagi masuk. “Korang sendiri tengok mereka memang tak bagi saya masuk rumah kami. Tengok mereka masuk rumah itu dan anda nilaikan sendiri,” ujarnya. Difahamkan kehadiran Hidayah ke rumah berkenaan turut ditemani oleh peguamnya selepas notis 21 hari yang dihantar kepada adik Allahyarham iaitu Ali Puteh berhubung keputusan mahkamah gagal dilaksanakan. Klik sini untuk lihat video.

Hidayah turut menggesa agar Ali membuat pembayaran RM60,000 seperti mana ditentukan mahkamah sebelum ini. “Peguam saya dah hantar surat tempoh 21 hari untuk pihak sana menyerahkan kunci rumah dan buat bayaran, sampai sekarang masih berdiam diri. “Saya minta pihak sana sila jelaskan bayaran RM60,000 yang ditentukan mahkamah,” katanya. Pada Mei 2020, Hidayah memafailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan dibuat pelawak itu menerusi akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian tersebut, Ali didakwa menuduh Hidayah sebagai seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya. Saman dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000 itu difailkan Hidayah kira-kira 15 hari selepas Abam pergi menghadap illahi pada 10 Februari 2020. Setelah dua tahun turun naik mahkamah, Hidayah menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya itu. Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, diperintahkan membayar ganti rugi kepada Hidayah sebanyak RM60,000. Sumber, Mstar.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.