Dah berpakaian sopan pun masih kena kritik lagi, ini pula luahan dari Baby Shima

Penampilan penyanyi Baby Shima memakai baju kurung dan bertudung ketika membuat persembahan sempena Isra Mikraj di Kuantan pada Sabtu mengundang kritikan warganet.Shima meluahkan rasa kecewa apabila rata-rata warganet memilih untuk mengkritiknya tanpa melihat penampilannya yang mengikut hari yang bersesuaian. Selesai bergoyang ya habibi di Kuantan. Next time datang dulu sebelum berkata-kata. Majlis tak mula lagi dah macam-macam mengata. Bila Shima dapat tahu ada show pada hari Isra Mikraj, Shima sendiri yang ingin tampil sebegini, tapi ramai pula sebelum tampil, mereka lebih memilih berkata-kata dulu sebelum melihat, sampai ada yang berkata Shima tidak hormat hari mulia ini. Klik sini untuk lihat video.

Padahal mereka belum melihat dulu penampilan yang akan Shima mempersembahkan di hari yang mulia sempena Isra Mikraj ni. Shima tahu menyesuaikan diri dalam majlis tanpa disuruh sesiapa,” katanya. Shima turut menegaskan dia memakai tudung bukan disebabkan cacian yang diterima sebelum ini sebaliknya sudah lama merancang untuk tampil dengan imej itu. Benda dah lama plan. Korang saja yang melebih-lebih bila dengar nama Baby Shima nak datang saja macam-macam andaian yang korang buat sendiri.

Sorry mana yang kena kawal sikit sebab tengah tu terlampau berlumpur tanahnya apa pun thanks datang walau pun dapat pandang korang dari jauh di belakang .Tiba-tiba ramai claim pakai tudung sebab kena maki. Spin dan fitnah berpisah tiada. Benda dah lama dalam jadual korang je yang menyalak,” ujarnya. Sumber Teh Tarik Kaw. Sebelum ini, penampilan menjolok mata dan tarian gelek Shima ketika membuat persembahan sentiasa mengundang kritikan warganet di laman sosial. Kredit Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.