Impian nak ke Tanah Suci dengan keluarga tercapai, ini pula luahan dari Farid Kamil

Alhamdulillah, ia kini tercapai. Apabila Allah SWT menjemput kami sekeluarga ke sana, saya merasakan salah satu doa saya dimakbulkan. Demikian kata pelakon dan pengarah Farid Kamil berkenaan kunjungannya ke Makkah bersama isteri, Diana Danielle dan anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora baru-baru ini. Farid, 41, berkata, ia satu pengalaman menakjubkan buatnya sebagai suami dan bapa. Saya amat teruja apabila melihat mereka tidak membuang masa dengan tekun menumpukan perhatian terhadap ibadat. Allah Maha Besar, terlalu banyak doa-doa yang tersimpan dalam hati saya untuk saya terjemahkan di depan Kaabah. Makkah dan Madinah adalah tempat terbaik di dunia.

Saya ingin kongsikan pengalaman itu dengan mereka. Sudah tentu ada momen yang menitiskan air mata apabila kita di sana. Itu adalah antara rahsia Allah dengan kita,” katanya ditemui pada Malam Gala filem Sumpahan Syaitan. Farid berkata, kegembiraan mereka berada di sana sangat terserlah. Anak-anak saya walaupun belum umur mumaiyiz tapi mereka tetap melaksanakan ibadah terbabit. Saya harap tindakan ini boleh diikuti oleh orang lain. Reaksi Muhammad pula apabila nampak Kaabah terus teruja. Saya rasa kena bawa dia dekat dengan Kaabah. Dengan kudrat yang ada, saya berjaya angkat dia untuk sentuh Kaabah.

Saya rasa ini adalah detik yang paling seronok kerana banyak tempat lain lagi yang menarik tapi takkan sama dengan dua tempat ini,” katanya. Farid berkata, pengalaman ini sukar diluahkan dengan kata-kata. Sebagai seorang beragama Islam hati kita ini milik Allah. Apabila saya berjaya beri penerangan dan mereka hargai perkara itu, ia sangat bagus. Sebabnya budak-budak sekarang dah ada ilmu menerusi bacaan di Internet. Tapi apabila kita bagi maklumat, minda mereka lagi terbuka luas mengenai Islam.

Saya pernah janji kepada anak-anak untuk bawa mereka ke Makkah terlebih dahulu, barulah ke tempat lain kalau ada rezeki,” katanya. Sementara itu, Farid memegang watak sebagai Sam menerusi filem Sumpahan Syaitan arahan Roy yang akan ditayangkan di pawagam bermula 2 Mac ini. Filem terbitan D-Bay Filem Factory dan Red Firess Film Production ini turut menampilkan Datuk Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Datuk AC Mizal, Adam Shahz, Saiful Apek, Yassin, Senario (Azlee, Pak Ya) dan ramai lagi.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.