Sebelum berpisah rupanya isteri Hafidz Roshdi ada hubungi Puteri Sarah, ini pula pengakuan dari tuan badan

Berdepan isu penyondol, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi pernah menghubungi aktres Puteri Sarah Liyana yang ketika itu sedang berada di Makkah dan Madinah. Sarah menerusi siaran langsung (live) di TikTok malam tadi memberitahu Nurul Shuhada memintanya untuk berkongsi cara menangani isu penyondol rumah tangga. “Sarah berjuang ini bukan untuk Sarah sahaja. Tapi Sarah buat juga untuk wanita-wanita yang teraniaya di luar sana. Sarah bukakan jalan diorang, itu niat Sarah. “Sarah buka jalan diorang supaya mereka tahu apa nak buat termasuk sebenarnya yang sekarang dah jadi ex wife (bekas isteri) Hafidz Roshdi.

“Masa Sarah di Madinah, dia memang contact Sarah untuk tanya macam mana dan minta Sarah beri guide. Tapi Sarah tak nak beritahu la,” kata Sarah. Menurut Sarah lagi, dia yang membantu dan membimbing Shuhada dari segi membuat laporan di jabatan agama serta balai polis. “Dia minta guide daripada Sarah dan dia minta Sarah doakan untuk dia masa Sarah dekat Madinah dan Makkah hari itu. Memang Sarah tolong dia, Sarah guide dia step by step apa nak buat. “Report polis semua, pergi jabatan agama… Sarah yang guide dia,” kongsi Sarah. Dalam pada itu, Sarah turut menegaskan dia tidak bercerita mengenai keburukan orang lain dan memohon warganet tidak membuat fitnah terhadapnya.

“Tak, saya tak cerita apa-apa fasal orang. Saya kata saya guide dia, awak yang negatif. Saya tak cerita keburukan siapa. Saya kata saya hanya beri guidance. “Awak jangan, awak yang dekat sini nak create ftnh ini,” tegas Sarah. Sumber, Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.