Dah setahun pakai tudung, kali ni Watie akui masih banyak lagi yang perlu dibaiki

Setahun melalui proses penghijrahan diri, usahawan, Watie Hanifiah mengakui perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Watie selepas membuat keputusan mengenakan hijab, untuk kekal istiqamah dengan penampilan itu memerlukan kekuatan dalam diri. “Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life. “Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” coretnya dalam hantaran terbaharu di Instagram. Bagaimanapun, Watie memaklumkan akan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Sedar masih banyak kekurangan… Sedar masih banyak yang perlu diperbaiki…. Sedar masih banyak yang yang perlu ditutupi. But small step are better than none… Slowly but surely… Insya-Allah,” tulisnya. Terdahulu, Watie merupakan teman rapat Shuib dan mula dikenali ramai selepas pelawak itu mendedahkan perkara tersebut. Sejak dari itu, apa sahaja yang dilakukan Watie pasti menjadi perhatian warganet termasuklah penampilannya. Sumber, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.