Dalam diam rupanya menangis tengok video ayah, sebak bila tengok adik ni tak dapat tahan kesedihan

Tidak dapat dinafikan, rindu yang paling sakit ialah rindu pada orang yang kita sayang. Sama ada pada suami, isteri, mak ayah dan orang terdekat yang sudah dijemput Allah lebih awal daripada kita. Begitu juga yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @aishah sanusi di laman TikToknya, dia tidak dapat menahan kesedihannya apabila melihat video arwah ayahnya di dalam telefon bimbit.

“Allah…ingat dia diam buat ape..rupanya tgk video ayah dia,” ujar pemilik video tersebut di ruangan kapsyen yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak lelaki itu. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak terhadap ujian yang menimpa kepada kanak-kanak kecil itu yang sudah memahami erti kerinduan selepas kehilangan insan tersayang dalam kehidupannya. Klik sini untuk lihat video.

Bukan itu sahaja, warganet turut mendoakan agar kanak-kanak lelaki tersebut membesar menjadi seorang anak yang soleh kepada ibunya dan berharap agar urusan keluarga tersebut sentiasa dipermudahkan.

Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.