Opai kata kahwin tu perniagaan, ramai yang terkejut bila tengok nafkah Fatin Afeefa mencecah 5 angka

Hampir setiap hari, kehidupan pelakon Fatin Afeefa dan suaminya Aliff Awang menjadi tumpuan ramai sejak mereka mendirikan rumah tangga pada Disember lalu. Terbaru, pelakon berusia 29 tahun itu sekali lagi jadi perhatian apabila memuat naik satu tangkap layar notifikasi transaksi bank daripada suaminya menerusi InstaStory. Fatin turut mempersoalkan suaminya dengan meletakkan kapsyen ‘maintenance’ dipercayai merujuk kepada perbelanjaan bagi pengurusan dan penjagaan diri selepas berkahwin.

Jika dilihat pada bahagian jumlah transaksi yang telah dikaburkan, pelakon drama Cindai itu seperti menerima nilai mencecah lima angka. “Maintenance’s eh?,” tulisnya ringkas sambil meletakkan akaun Instagram milik suaminya. InstaStory tersebut dikongsi semula oleh Aliff yang juga usahawan pelaburan seolah-olah mengiyakan kenyataan isterinya selain menyifatkan bahawa perkahwinan juga adalah satu bentuk perniagaan. “Marriage is a business,” balas Aliff atau mesra dipanggil sebagai Opai.

Sebelum ini, Aliff dilihat sering menerima kritikan warganet disebabkan pelbagai kenyataannya yang dikatakan serba tidak kena untuk difikirkan. Dari isu gigitan cinta, lelaki dominan, menunjuk jumlah pendapatan, tidak menghargai ‘gift’ murah daripada pengikut dan banyak lagi, warganet sekali gus meluahkan rasa kurang senang terhadap jutawan muda berkenaan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.