Ulas tentang isu suami tak setia, sekali ini nasihat dari Dayana Roza untuk para isteri

Di Instagram Story, pelakon Dayana Roza memuat naik tangkap layar sebuah artikel yang berkisarkan tentang perlakuan suami tak setia terhadap isteri. Berikutan daripada itu, Dayana tampil memberi pandangan peribadinya mengenai isu tersebut. Menurut Dayana, wanita yang bergelar isteri perlu mempunyai mental yang kuat supaya dapat menjaga anak-anak dan tak perlu menyeksa diri untuk berada dalam perkahwinan yang boleh memudaratkan kesihatan mental. Tambah Daya, para isteri zaman sekarang perlu memiliki pendapatan sendiri.

“Sebab tu kalau boleh isteri kena ada duit sendiri. Zaman sekarang macam-macam peluang buat duit, dari rumah pun boleh. So, perempuan tak perlu la asyik kena ‘redha’ je dengan toxic marriage. Memang kesian anak-anak tapi kena kesian dulu dekat diri sendiri. Kalau mental dah lemah macam mana nak jaga anak-anak? Kalau dah melampau sangat terpaksa la angkat kaki. Memang takde orang nak kahwin dan berpisah, tapi kalau sampai tersksa diri pun tak boleh jugak. Jangan biarkan mental anda kena abuse. Sumber, OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Semua tidak boleh lari dari silap, Dayana Roza nyatakan hasrat mahu buka rumah perlindungan wanita tanpa bapa. Siapa tak kenal dengan pelakon ini. Baru baru ini Dayana menyatakan bahawa individu yang hamil anak luar nikah sering dih1na dan dibuang oleh keluarga. Pelakon jelita, Dayana Roza meluahkan hasrat murninya untuk membuka untuk membuka sebuah rumah perlindungan untuk wanita yang hamil anak luar nikah. Dayana menyatakan bahawa individu yang hamil anak luar nikah sering dih1na dan dibuang oleh keluarga.

Individu Hamil Anak Luar Nikah Sering Dihina & Dibuang Keluarga

Menerusi hantaran di Instagram, Dayana menyatakan bahawa individu yang hamil anak luar nikah sering dihina dan dibuang oleh keluarga yang menyebabkan mereka bertindak untuk membuang bayi luar nikah itu. “Kat Malaysia ni, kalau hamil luar nikah dihina & dibuang keluarga. So diorang buang baby sebab takut tapi bila buang baby lagi la salah. Memang berz1na salah. Hamil anak luar nikah salah. Tapi zaman sekarang ni semua orang tak boleh lari dari kesilapan . Itu antara dia & Allah.”-Dayana Roza

Tiada Hak Menjatuhkan Hukum

Tambahnya lagi, Dayana turut memberitahu bahawa mereka sebagai manusia tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukum terhadap individu yang hamil anak luar nikah. “Kita manusia takde hak untuk jatuh hukum. Takde mak yang tak sayang anak. Mengandung bukan senang. Rasa sayang kat anak tu dah ada bila dia dalam perut lagi. Tapi dia terpaksa buang sebab takut orang h1na. Jadi salah mak atau orang-orang yang menghina? Renung-renungkan”-Dayana Roza. Di akhir hantaran nya di Insta Stories, Dayana turut menitipkan doa agar impian dan niatnya untuk menubuhkan rumah perlindungan untuk individu yang hamil anak luar nikah dimakbulkan oleh Allah. Sama-sama kita doakan agar niat murni Dayana Roza menjadi kenyataan. Aminn. Sumber, murai