Ajar ank untuk bersedekah di sekitar Masjid Nabawi, ramai yang puji dengan didikan Puteri Sarah Liyana pada anak anak

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia telah melakukan Program Sabil di bumi Madinah dengan memberikan sedekah berbentuk makanan kepada para jemaah. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya, dia bersama anaknya serta beberapa orang invividu yang lain tampil membantu dalam memberikan makanan kepada jemaah yang berada di kawasan sekitar masjid Nabawi, Madinah. Ujar pelakon yang berusia 37 tahun itu lagi, dia telah terjumpa dengan seorang jemaah yang berasal dari Egypt yang begitu akrab dan menyayangi anak lelaki, Syaikhul Islam. “Program Sabil di Bumi Madinah. Terjumpa orang Egypt, masya-Allah sayang betul dekat Syaikhul Islam.” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen. Susulan itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman TikToknya, ramai yang meluahkan rasa kagum dan sebak apabila melihat Puteri Sarah mendidik anaknya dalam memberikan sedekah kepada jemaah lain. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, ramai yang berharap agar Puteri Sarah sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaannya dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan selalu. Sekadar info, Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Akui sukar bawa anak tunaikan umrah, Puteri sarah kongsi pengalaman berharga di Mekah. Umum lagi kita ketahui bahawa artis ni menunaikan umrah sebelum hari raya kelmarin. Pelakon Puteri Sarah Liyana bersyukur apabila ibadah umrahnya dipermudahkan meskipun akui agak mencabar apabila membawa bersama dua orang anaknya. Malah Puteri Sarah memberitahu pengalaman umrah selama 16 hari itu amat bermakna tak ternilai buatnya. “Syukur Alhamdulilah Allah swt memudahkan urusan Sarah walaupun diakui memang agak mencabar nak melakukan ibadah dengan anak-anak umur 5 dan 3 tahun. “Tapi pengalaman yang Sarah dapat sangat berbaloi dan tak ternilai. Bukan semua orang Allah jemput ke tanah suci sekeluarga macam Sarah kan? Kadang-kadang orang yang banyak duit pun tapi jika Allah tak jemput, tak datang juga.

Katanya lagi “Syukur Alhamdulilah . Sungguh indah dan tak ternilai rahmatNya. Sikit pun Sarah tak menyesal bawa anak-anak mengerjakan umrah sebab memang Sarah dah simpan niat dari awal.“Ibadah Sarah sikit pun tak terbatas, Sarah sangat berpuas hati dapat bawa anak2 kesana,” katanya.Puteri Sarah berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama dan dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun. Dalam kemas kini terbaharu Puteri Sarah dilihat tidak pulang ke Malaysia malah sambung bercuti di Turki bersama keluarganya.

Dia juga turut memuat naik beberapa momen berada di Lubnan menerusi Insta Story miliknya dan anak-anak juga terlihat ceria membeli coklat sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusuf pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun. Sebelum ini, kisah rumah tangganya dikatakan sedang bergolak hingga menjadi perhatian warganet. Puteri Sarah, 36, turut mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap dingin. Sumber, gempak