Dah ada pengganti tapi tak sedia nak nikah, rupanya ini yang Siiti Saleha bimbangkan

TIDAK mahu mengulangi kesilapan lalu, pelakon Siti Saleha memberitahu enggan terburu-buru dalam soal merancang kembali berumah tangga. Kata Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 33, dia masih lagi dalam proses berkenalan dengan kekasih hati yang dikenali sebagai Joshua. “Kami masih lagi dalam proses perkenalan. Takut nak cakap soal kahwin atau tidak. Bagilah masa dahulu. “Kami pun tidak pernah bincang soal masa depan (berkahwin). Saya tidak mahu terlalu cepat dan ulang kesilapan lama. Kita belajar dari kesilapan,” katanya. Saleha ditemui selepas majlis Anugerah Telenovela kelapan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Mula rapat dengan lelaki itu sejak pertemgahan tahun lalu, kata Saleha Joshua seorang yang sentiasa menyokong kerjayanya dan tidak bermasalah untuk sama terkena tempias populariti. Tambah Saleha kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini bukan alasan untuk menutup pintu hati menerima kehadiran teman baharu. “Hidup kenalah move on. Sampai bila nak begitu lepas gagal dalam hubungan sebelum ini. Saya juga perlukan seorang teman. “Dia seorang yang menyokong malah menonton drama lakonan saya sebelum ini. Dia juga pernah bersama dalam acara bertemu peminat tahun lalu.

“Saya pun tiada masalah untuk bawa dia ke majlis supaya tahu kehidupan sebagai seorang selebriti. Secara perlahan-lahan dia mula faham. Bagaimanapun saya tidaklah terlalu bercakap tentang hubungan kami,” ujarnya. Saleha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 2017 dan berpisah pada Januari tahun ini. Sementara itu pada acara yang berlangsung itu, Saleha menerima anugerah Ratu Telenovela selain Pelakon Wanita Telenovela Popular 2020.

Kejayaan tersebut diperoleh hasil dari lakonannya dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang pernah menjadi fenomena sebelum ini. “Alhamdulillah… syukur dengan anugerah ini. Tak sangka drama itu terus diminati ramai sejak musim pertama lagi. Ia masih mendapat sambutan hangat apabila masuk musim kedua. “Saya anggap ini satu kemenangan besar untuk drama dan kerjaya tahun 2020 ketika ia ditayangkan,” jelasnya. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.