Pakar motivasi terkenal, Datuk Mohd Fadzilah Kamsah menitipkan kata-kata semangat buat pelakon, Puteri Sarah Liyana yang kini berdepan dengan dugaan rumah tangga. Menerusi akaun Instagram, Puteri Sarah meluangkan masa bercuti di Dubai Desert Safari bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah. Tenangkan dirimu dalam segala situasi karena ketenangan adalah kekuatannya,” kongsinya. Bagaimanapun, kapsyen ini telah menarik perhatian pakar motivasi berkenaan yang kemudian membalasnya dengan kata-kata positif. Benar, nak. Ramai orang hari ni minta cari kekuatan. Tetapi bila dapat kekuatan, ujian juga bertambah kuat. Bila dapat kekuatan, belum tentu tenang hatinya. Namun bila dapat tenang, maka kuat hatinya. Selamat bermusafir dan mencari diri ya nak. Sumber Awani
Dalam pada itu menerusi ruangan komen yang sama, ibu mentuanya, Datin Patimah juga turut menyatakan perasaan sebaknya selepas melihat foto percutian itu. Membawa diri dan anak-anak hingga ke padang pasir,” tulisnya beserta emoji sedih. Sementara itu, pengikut Instagram Puteri Sarah juga memberikan ucapan semangat buat dirinya serta ibu mentua. Hatinya terlalu sakit, mungkin sedang melawan segala derita jiwanya. Semoga Allah melindungi Puteri Sarah dan anak-anak.
Nampak je gembira, dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Datin kekuatan cucu-cucu dan menantu. Satu dalam sejuta, mak mentua baik pun satu rezeki buat Puteri Sarah,” tulis seorang lagi. Untuk info, warganet melabelkan Puteri Sarah sebagai wanita hebat kerana memperjuangkan haknya sebagai seorang isteri susulan konflik rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof. Konflik tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pengakuan Syamsul membuatkan topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial. Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3. Kredit Awani PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.