Lepas 10 tahun perkenalan, akhirnya Raysha Rizrose dan pasangan selamat dinikahkan malam tadi

Pelakon Raysha Rizrose,27, selamat bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri,29, pada jam 8.52 malam di Grand Hyatt Hotel, hari ini. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad bersaksikan Pendaftar Nikah Crai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi. Pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.  Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Raysha atau nama sebenarnya , Farza Naquraisha Mohd Fariz yang anggun mengenakan gaun putih meluahkan rasa syukur apabila segala perancangan berjalan lancar. Alhamdulillah segala yang dirancang salama ini dipermudahkan. Saya amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, saya terima banyak mesej dan doa yang baik-baik. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua. Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insha-Allah,” katanya.

Adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose itu sempat menyingkap kisah perkenalan mereka  sejak 10 tahun lalu.  Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah. Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” kata anak keempat daripada tujuh beradik itu.

Terdahulu pasangan itu selamat melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup di Tropicana Golf & Country, Petaling Jaya, Selangor pada 22 Disember tahun lalu. Untuk rekod, Raysha menjalinkan hubungan bersama Nabil selama 10 tahun sejak di bangku sekolah menengah. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.