3 beranak ingkar perintah injunksi, rupanya ini sebab Syamsul Yusof lantik peguam untuk Ira Kazar

Pengarah Syamsul Yusof memfailkan permohonan di mahkamah di sini, untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi antara isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, dan isteri keduanya, Faghira Fatini atau Ira Kazar, 27. Permohonan difailkan melalui peguam Azahir Nasir dari Tetuan Azahir Surianie & Azizan Ariff yang mewakili pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu pada 21 Februari lalu. Dalam afidavit sokongan itu Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, 39, mendakwa dinasihatkan peguamnya supaya mencelah dan dijadikan defendan di dalam kes tuntutan yang dikemukakan oleh Puteri Sarah kepada Ira Kazar.

Menurutnya, tuntutan Puteri Sarah ke atas Ira itu adalah berkaitan dengan dirinya dan jika tuntutan itu dibenarkan akan memberi kesan kepada perkahwinannya dan hubungan dengan keluarga Ira. Menerusi afidavit sama, Syamsul mendakwa perintah injunksi itu tidak boleh menghalang hubungan perkahwinannya dengan Ira Kazar. Dalam masa sama, Syamsul mendakwa permohonan itu perlu difailkan kerana keterangannya boleh memberi pencerahan kepada mahkamah bagi menghalang perintah injunksi itu daripada dikuatkuasakan. Ia berikutan dia dan Ira sudah berkahwin serta menjaga keharmonian perkahwinannya dengan kedua-dua isterinya.

Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof Upah Peguam Untuk ‘Back Up’ Ira Kazar. Terkini Puteri Sarah ada kongsikan satu maklumat terkini menerusi Instagram Story miliknya berhubung dengan tindakan undang-undang yang dibuat oleh Puteri Sarah terhadap madunya iaitu Ira Kazar atas dakwaan mengganggu rumahtangganya. Difahamkan, Syamsul Yusof telah melantik seorang peguam untuk membela Ira Kazar dalam hal ini. Dalam perkongsian tersebut, dijelaskan perkara tersebut daripada seseorang dan individu itu dilihat lebih memihak Puteri Sarah dengan mempertikaikan cara Syamsul Yusof memperbetulkan keadaan.

Walaubagaimanapun, Puteri Sarah dilihat seperti tidak gentar dan malah ‘sahut’ cabaran yang bakal dihadapi olehnya. Januari lalu, peguam syarie mewakili Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu yang pelakon itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar dan keluarga atas dakwaan ingkar perintah injunksi dikeluarkan Mahkamah Sivil Kuala Lumpur yang ditetapkan pada Jun lalu. Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.

Ia susulan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi. Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai tahun lalu antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya. Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).

Sumber, HMETRO ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.