Asyik kecoh pasal suami Fatin Afeefa, kali ni ada perempuan dari Rusia tawar diri nak caras suami Fatin

Sejak kebelakangan ini, nama suami pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sering menjadi perhatian ramai di media sosial gara-gara lantang bercerita mengenai kisah peribadinya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dan kritikan ramai. Malah, dia juga tidak segan silu menceritakan kemewahan yang dimiliki dengan mengatakan sering dan keinginan berbelanja sehingga sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit dalam tempoh sehari.

Seperti mana dikongsikan di laman TikTok baru-baru ini, Aliff atau lebih dikenali Opai mendedahkan dia mempunyai sejenis penyakit gian berbelanja, namun mempunyai penawar sendiri iaitu kena gian mencari duit juga. “Saya ada ketghan. Saya ni ketgh, gian. Obses dengan membeli-belah. Kadang-kadang rasa macam shopaholic. Tiap bulan janji takmau shopping. Tapi, bila sampai mall je hampeh. Dari konon nak beli satu je, habiskan seribu je hari ini, bertukar kepada “eh dah beli sepuluh” atau “dah habis beribu ni”. “Ubat atau penawar kepada penyakit ini mudah. Kau kena ketgh untuk buat duit lebih banyak dari kau belanja,”tulisnya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana rata-rata teruja dengan kejayaan Opai. Pun begitu, ada juga seorang warganet sempat menyelit dan mencuba nasib untuk memikat Opai di ruangan komen. Meninjau di ruangan komen, wanita dipercayai berbangsa Rusia dikenali Kristina menyatakan dia masih bujang dan tidak mempunyai kekasih hati, selain menyatakan lebih baik daripada Fatin Afeefa. “Hi Opai, saya bujang dan belum berpunya. Saya dari Rusia dan lebih baik daripada isteri awak,”ujarnya. Komen tersebut mendapat perhatian daripada Opai yang juga seorang ‘trader’ dan menegaskan isterinya jauh lebih baik kerana seorang beragama Islam, pasangan menuju ke Syurga.

Tidak berdiam diri, wanita berkenaan membalas komen tersebut dengan video sedang memperagakan baju kurung dan selendang berwarna biru laut. Malah, dia juga mengatakan wanita bertudung lebih baik daripada isteri Opai, Fatin Afeefa yang tidak berhijab. Hasil tinjuan mendapati wanita berkenaan memang berasal dari Rusia dan menetap di Malaysia berdasarkan media sosial miliknya, TikTok dan Instagram. Akan tetapi, sehingga kini tidak dapat dipastikan akan kesahihan sama ada wanita berkenaan benar-benar wujud atau sekadar menyamar sebagai orang lain.

Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.