Pertama kali sambut ulangtahun perkahwinan, ucapan Zulin Aziz buat suami tarik perhatian ramai

Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan. Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah. Sama seperti selebriti Zulin Aziz, dimana hari ini dia dan suami iaitu Farhan Norzaini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Sumber Utusan online.

Menerusi laman sosial instagram, Zulin menulis nukilan indah buat suami tercinta iaitu Farhan Norzaini sambil memuat naik foto mereka untuk tatapan umum. Happy 1st anniversary Baby. Here’s to many more years. Of Love and togetherness. Setahun usia perkahwinan mengajar kita tentang mengenali satu sama lain. Menerima kurang lebih setiap dari kita. Memahami,terbiasa .Bawa ke tahun2 seterusnya. Makin lama makin cinta. Kita sederhana tapi bahagia. Syukur ya Allah. I love you husband @farhannorzaini Till jannah. Jika tak keberatan, Doakan semoga kami dikurniakan Zvriat. Semoga doa2 kita diperkenankan,amin ya rab,” tulis Zulin di ruangan kapsyen. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 14.4k tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.

Untuk rekod, Zulin dan suami mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu. Kredit Soya Lemon PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.