Akhirnya terjawab teka teki warganet, ramai yang teruja bila tengok baby bump Wany Hasrita

Penyanyi Wany Hasrita sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminatnya semenjak berita kehamilannya menjadi sebutan tempoh hari lalu. Biarpun tidak menafikan dan mengakui dakwaan tersebut, berita gembira itu seolah-olah sudah menemui jawapannya selepas tular sebuah video penyanyi itu sedang membuat raptai untuk sebuah acara, baru-baru ini. Menerusi hantaran di TikTok, pihak jenama tudung Kekaboo telah merakam momen ketika Wany sedang berlatih menyanyikan lagu Canggung sekali gus menampakkan bahagian perutnya atau baby bump dengan jelas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja dan mendoakan kesihatan penyanyi itu dan bayi dalam kandungannya. Sumber Xtra. Klik sini untuk lihat video.

Terdahulu, Wany enggan mengumumkan berita kehamilannya kerana menganggap masih terlalu awal untuk dikongsi. Namun, penyanyi itu menyatakan dia akan memaklumkan kepada umum bila tiba masa yang sesuai. Kredit OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.