Pelawak, Ajak Shiro meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran tiga orang anak tercinta iaitu Jad Thaqiff, Had Thaqiff, Nada Soffea. Menerusi laman sosial Instagram, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi bin Razak memuat naik gambar satu video sambutan hari lahir tersebut bersama isteri dan anak tercinta untuk tatapan umum. Klik sini untuk lihat video.
Menurut Ajak, dia berharap ketiga-tiga anaknya itu membesar jadi insan berguna, soleh solehah serta menjaga ukhwah sesama adik beradik sampai akhir hayat. Selain itu, Ajak juga mengharapkan dia dan isteri akan cuba jadi yang terbaik buat ketiga-tiga anaknya itu serta berdoa semoga Allah merahmati mereka sekeluarga. “Selamat hari lahir buat semua anak2 Baba.. Jad, Had, Nada. Kalini unik sikit kita sambut dengan Nenek dalam bulan Ramadhan. Semoga membesar jadi insan berguna soleh solehah dan jaga ukhwah adik beradik kamu sampai akhir hayat kamu semua…
“Baba dengan Ibu akan cuba jadi yang terbaik buat kamu bertiga..Semoga Allah merahmati kita. “25 Mac 2010 Jad Thaqiff. “25 Mac 2013 Had Thaqiff. “25 Mac 2015 Nada Soffea,” tulis Nana di ruangan kapsyen. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat ribuan tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk ketiga-tiga anak Ajak Shiro.
Komen warganet:
Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.