Gelagat Arif Jiwa Bersahur tarik perhatian ramai apabila ibunya kongsi video.

Arif Jiwa Asyraf merupakan cucu kepada penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Beliau merupakan anak kepada Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin yang bernikah pada 1 November 2015 dan Arif Jiwa dilahirkan pada tahun 2017. Pelakon dan usahawan, Tya Ariffin sering membuat perkongsian di media sosial mengenai telatah anak lelakinya iaitu, Arif Jiwa. Tambah pula kini dalam bulan ramadan, gelagat Arif Jiwa mendapat perhatian ramai terutamanya daripada peminat-peminat dan rakan-rakan Tya Ariffin. Baru-baru ini Arif Jiwa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-6 tahun.

Pada bulan ramadan tahun ini, Tya Ariffin melatih Arif Jiwa untuk berpuasa penuh pada usia seawal 6 tahun dan segala gelagat Arif Jiwa itu dirakam dan dikongsikannya. Dari puasa hari pertama sehingga puasa hari ini, dikongsikan gelagat Arif Jiwa di instastory dan instagram feed miliknya. Gelagat Arif Jiwa ketika bersahur itu, mencuit hati dan peminat-peminat yang melihatnya. Menurut Tya Ariffin, itu merupakan hari ke-8 bagi Arif Jiwa untuk berpuasa penuh dan itu membuahkan hasil apabila Arif jiwa berjaya untuk mengikut puasa sehingga berbuka. Klik sini untuk lihat video.

Bagi Tya Ariffin, sebagai seorang ibu mestilah berbangga kerana anaknya yang berumur 6 tahun berjaya untuk puasa penuh dengan kemahuan anaknya itu sendiri. Ada juga para ibu yang komen di video hari pertama Arif Jiwa berpuasa, dengan mengatakan bahawa mereka juga mempunyai anak yang umurnya sama seperti Arif Jiwa yang turut berpuasa. Ada kalanya mereka puasa penuh dan ada kalanya hanya puasa separuh hari.

Apa-apa pun, tindakan Tya Arffin bagi melatih Arif Jiwa untuk berpuasa penuh pada usia yang muda adalah amat bagus dan patut dicontohi oleh ibu-bapa yang lain. Itu adalah kerana, supaya mereka terbiasa untuk berpuasa dan semakin semangat untuk menyambut puasa pada tahun yang akan datang. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.