Setengah botol dia letak, ramai yang terhibur bila tengok Fizo Omar muat naik video siapkan anak

Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 37, ialah sebuah nama yang tidak perlu sebarang pengenalan lagi kerana beliau merupakan pelakon yang terkenal dalam industri seni tanah air. Walaupun banyak terpalit isu mengenai perpisahanya terdahulu dengan bekas isterinya tetapi kini Fizo telah bahagia bersama isteri barunya iaitu Fazeera Nazri dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata bersama isteri barunya itu. Menerusi satu perkongsian video bagaimanapun membuatkan dia dan isteri menjadi tumpuan ramai di media sosial apabila video berkenaan memaparkan video perbandingan bila mummy dan daddy memakaikan baju kepada anak bongsunya.

Sudah tentulah banyak perbezaan bila daddy memakaikan baju untuk bayinya kerana si ayah itu asalkan siap je tetapi si mummy pulak banyak langkah yang perlu diikuti untuk memakaikan baju kepada bayinya. Banyak la beza antara daddy dan mummy tapi masing-masing memerlukan kemahiran untuk menjaga bayi yang masih kecil ini. Ketika diterjah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan cara pemakaian baju yang unik dan asal siap abe joe tu. Dan ramai juga yang setuju yang memang si ayah selalu begitu bila disuruh memandikan dan menyiapkan anak.

Komen Warganet:

Kredit: Sinar Viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.