Terkini kerajaan umumkan pekebun getah, nelayan dan pesawah akan menerima bantuan khas sebanyak RM200

Seramai 850,000 pekebun kecil getah, nelayan dan pesawah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200. Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara hari ini yang mana merupakan tambahan daripada bantuan yang telah diumum dalam Belanjawan 2023. Sebelum ini, kerajaan umumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan bagi nelayan dan RM200 untuk pekebun kecil getah untuk tiga bulan (semusim). Bantuan musim tengkujuh juga kita naikkan daripada RM600 kepada RM800. Namun keadaan hidup hidup rakyat miskin ini masih terasa.

Oleh demikian, saya lihat masih ada masalah terutama bulan Ramadan, maka saya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang menelan belanja RM170 juta,” katanya. Tambah Anwar, penambahan tersebut merupakan peruntukan terbesar diberikan kerajaan kepada golongan berkenaan.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.