Bakal keluarkan lagu raya baru, Dato Aliff teruk kena kritik dengan warganet sebab muzik video lagu raya dia

Nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak asing di kalangan warganet lebih-lebih lagi setiap hantaran yang dikongsikan di media sosial boleh dikatakan ‘menyakitkan’ hati. Apa yang menambah kemarahan ramai dan masih berlayar di fikiran di mana setiap muzik video lagu nyanyian ‘merdu’ usahawan berusia 36 tahun boleh dikatakan agak keterlaluan, baik lagu raya atau tidak.

Meskipun sedar menerima banyak kritikan terhadap suaranya yang ‘lunak merdu’ bagai katak memanggil hujan, usahawan ini tetap tidak berputus asa menghasilkan lagu dengan berbekalkan keyakinannya sebagai artis nombor satu Malaysia. Pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman akhirnya berkongsi sedikit rakaman muzik video lagu raya terbaharu nyanyiannya berjudul Cak Kun Cak Raya di laman Instagram miliknya. “Beri laluan lagu raya no. 1 trending empat tahun berturut-turut.. Cak Kun Cak Raya..”umumnya.

Dalam hantaran yang sama, Aliff Syukri berharap agar lagu tersebut dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada semua orang yang menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. “Semoga dengan lagu raya ini memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, dari artis nombor 1 Malaysia,”tulisnya. Perkongsian itu menarik perhatian ramai baik dari rakan-rakan selebriti, pereka fesyen, pempengaruh media sosial mahu pun warganet di mana mereka mengatakan Aliff Syukri seakan ‘makan’ janji untuk tidak membuat sesuatu yang menaikkan kemarahan ramai terutama di bulan Ramadan. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Tidak kurang juga ada yang mengatakan perangai usahawan terkenal dengan jolokan ‘terlajak laris’ ini seperti anak bulan di mana akan membuat kemunculan menyakitkan hati ramai dengan lagu raya nyanyiannya. Selain itu, ada juga mempersoalkan fesyen baju yang dipakai olehnya bersama beberapa penari latar yang kelihatan persis pakaian renang dan bukannya baju Melayu. Malah, mereka turut meluahkan rasa kecewa apabila Aliff Syukri seakan-akan cuba merosakkan pakaian tradisional Baju Melayu.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.