Bawa Jebat pergi Umrah, Sharnaaz Ahmad akui kalau pasal bab didikan agama Nabila yang menang

Umum mengetahui, kakak kepada Noor Neelofa iaitu Noor Nabila telah membawa anaknya, Jebat Jayden ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Semasa di sana, Nabila dilihat memuat naik beberapa foto dan video mengenai telatah Jebat. Terbaru, pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat memberi pujian buat bekas isterinya itu kerana berjaya mendidik Jebat dengan baik sekali. Menurut Sharnaaz, Nabila seorang ibu yang bagus. Ini kerana, dia menekankan ilmu agama kepada Jebat Jayden. Pada masa yang sama, Sharnaaz sempat berseloroh dan menyatakan bahawa cara didikannya tidak sama seperti Nabila.

“Kalau bab agama, Alhamdulillah didikan Nabila champion! Tapi, bab didikan haru biru serahkan pada al king of anak hantu.” Menerusi posting tersebut juga, Sharnaaz meluahkan rindu terhadap anaknya. Pelakon filem ‘Jebat’ itu turut melakukan panggilan video bersama anaknya bagi menghilangkan rasa rindu.

Sumber, Oh bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.