Baru je tular pasal Nd Lala kahwin lain, kali ni isteri dia punya kata kata pula jadi tanda tanya warganet

Status terbaharu Fauziah Sarman, isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an, ND Lala yang didkwa berpoligami menimbulkan persoalan pada kalangan warganet. Fauziah menerusi hantaran Instagram pagi ini menulis perkataan yang mempunyai maksud mendalam. “Jika sekiranya DIAM itu bijak. LAKUKANLAH. Tapi ketika BIJAK itu di injak BICARALAH,” luahnya diikuti dengan tanda pagar #Allahtaktidur dan #alhamdulillahforeverything. Apapun, ia mencetuskan spekulasi sama ada ayat terbabit ditujukan kepada pihak lain ataupun sekadar untuk mengingatkan dirinya sendiri.

Namun, tinjauan di ruangan komen mendapati ada pengikutnya menganggap ayat ditulis itu mengandungi maksud yang tersirat disebaliknya. Tidak kurang ada juga yang mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia. Semalam, cubaan Harian Metro menghubungi ND Lala tidak berjaya apabila dia tidak memberi sebarang balasan. Manakala, percubaan untuk mendapatkan komen Shila menerusi pembantu peribadinya dikenali Aini tidak berjaya dengan alasan Shila sibuk membuat persediaan konsert solonya di Plenary KLCC pada Sabtu ini. Isnin lalu, Harian Metro melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia. Difahamkan isteri barunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit.

Sumber, hm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.