Bakat disia siakan, Edika Yusof luah rasa terkilan dengan sikap segelintir pengarah yang suka nilai kemampuan artis berdasarkan usia

Pelakon Edika Yusof terkilan dengan sikap segelintir pengarah dan stesen televisyen yang gemar menilai kemampuan seseorang artis itu hanya berdasarkan usia semata-mata. Menurut Edika, seseorang pelakon itu harus dinilai menerusi kemampuan sebenar untuk menjayakan sesebuah watak di dalam drama atau filem. Pada pendapat saya, seorang pengarah atau mana-mana media tv tak sepatutnya menilai seseorang pelakon itu tua atau slow dan tak layak memegang watak penting dalam sesuatu karya kerana peringkat umur mereka dah meningkat.

Sebab kalau keadaan fizikal masih kuat dan boleh beraksi tiada sebab untuk dipinggirkan. Bakat kami disia-siakan, ada yang masih boleh beraksi seperti dulu,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram. Dalam pada itu, pelakon drama “Projek: High Council” ini turut mendedahkan mengenai senario industri lakonan tempatan yang mahu sesetengah pelakon membuat aksi lagak ngeri sendiri tanpa memikirkan mengenai risiko kecederaan. Untuk filem seperti di Bollywood atau Hollywood, pelakon lagak ngeri akan disediakan untuk aksi lasak kerana takut pelakon tercedera akan mengganggu penggambaran. Di sini lagilah, selalunya kalau pelakon buat adegan lasak, nasib tak baik tercedera dan kita kena tanggungjawab sendiri. Kamikaze namanya. Pernah berlaku kepada diri saya sendiri. Insurans tak cover ya.

Nama pun berlakon, jadi aksi-aksi lasak haruslah dilakonkan agar nampak lasak. Bukan buat real-real lasak. Kalau nak betul-betul buat real, dua tumbukan padu di muka dah concussion pelakon tu. Koreografer aksi lasak itu sendiri kena bijak agar dapat merealisasikan kehendak karya itu,” ujarnya lagi. Malah, Edika juga turut menyentuh soal bayaran yang tidak setimpal bila melibatkan pelakon-pelakon lama. Kenapa di sini, nilai artis yang meningkat usia di pandang rendah. Offer payment serendah-rendah yang mungkin kerana budget dah burst terpaksa bayar tinggi kepada leading yang muda mudi. Lagi lama pengalaman, lama tinggi gajinya tapi dalam industri perfileman di Malaysia ni, terbalik pula. Jadi secara jujurnya di Malaysia kita perlu tukar mindset kita untuk memajukan lagi industri ini. Kena ada collaboration antara yang lama dengan yg baru berganding bersama. Setiap pelakon tak kira yg baru atau lama, ada peminat mereka tersendiri,” ulasnya lagi.

Sementara itu, Edika turut menyeru kepada para pengarah untuk sentiasa bersikap profesional bersama para pelakon meskipun ketika berhadapan masalah. Industri perfileman kita ni kecil je. Jadi bersikap professional lah sesama kita dalam industri. Bersemuka dan berbincang la dengan baik. Be a gentleman/gentlewomen. Bila suka semuanya indah. Time tu yang busuk semuanya bau wangi, Boleh terima seadanya. Excited nak meminang boleh bersemuka. Kalau dah tak sudi pun always can slow talk nicely dan berbincang cerita masalah. Cari penyelesaian cara baik, win-win situation. baru cool,” akhirinya Sekadar informasi, Edika memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1989 menerusi drama Pelumba Malam. Malah, pelakon berdarah Pakistan ini juga pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Maria Mariana, Awas dan XX Ray. Media Hiburan.

Kredit Awani. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.