Teruk kena kritik dengan warganet sebab balik umrah warnakan rambut, sekali ini pula penjelasan dari Awal Ashaari

Awal Ashaari dikritik warganet kerana mewarnakan rambutnya tidak lama selepas pulang mengerjakan umrah pada Februari lalu bersama isteri Scha Al-Yahya. Berikutan ramai warganet yang mempersoalkan isu warna rambut yang dilihat membawa imej yang kurang sesuai selepas pulang dari Tanah Suci, Awal Ashaari berkata dia hanya buat apa yang menggembirakan dirinya sendiri tetapi dia tetap menjaga hubungan dengan Allah. “Orang kita tidak boleh menerima sesuatu perubahan drastik dan saya cuba faham perkara tersebut serta tidak menidakkan mereka.

Sebagai anak seni, bukan kata balik umrah boleh terus insaf dan berubah, cuma saya dapat bawa balik pengalaman selain pengajaran berguna.” Menurut penjelasan Awal, rambutnya bukanlah diwarnakan tetapi dia hanya menggunakan teknik peluntur, namun dia sedar bahawa ramai yang tidak memahami akan perkara tersebut. “Ini bukan warnakan rambut, saya gunakan sejenis bahan peluntur tetapi jika mahu berlwn pun orang tidak akan faham.” Dalam pada itu, bapa kepada dua orang anak ini juga mengakui bahawa perubahannya tidak boleh dilakukan secara drastik kerana personaliti dan pembabitannya dalam industri fesyen.

“Dari segi stail dan penampilan tidak mungkin saya akan berkopiah 24 jam kerana saya masih berminat dalam fesyen. Tambahan pula kerja saya masih berkaitan dengan dunia fesyen.” Awal berkata demikian ketika majlis pelancaran kedai kopi miliknya, The Great Coffee Club, yang terletak di Shah Alam, pada Rabu. Dalam pada itu, selebriti berusia 42 tahun ini, ibadah umrah yang dilaksanakannya memberi impak positif terutama kepada tingkah laku serta cara pemikirannya yang ke arah memperbaiki hubungan bersama Allah dan perkara tersebut turut dipersetujui oleh Scha.

“Umrah kali ini mengajar saya lebih dekat dengan Tuhan tetapi orang tidak nampak perkara begitu kerana fokus terhadap perubahan luaran saya. Katanya lagi, dia tidak kisah dengan pandangan dan persepsi orang kerana padanya dia kini lebih dekat dengan Allah dan lebih tenang. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.