Masih belum tedetik nak bersara, rupanya ini sebab Ella padamkan semua gambar di laman ig

Kecoh seketika keadaan jadinya apabila ratu rock negara, Ella memadamkan semua gambar di Instagram dan hanya tinggalkan satu hantaran bertulis, Terima Kasih Untuk 35 Tahun dengan berlatar belakang warna hitam pada 1 Mac lalu. Bagaimanapun, salah sangka itu akhirnya terjawab pada Jumaat lalu, apabila penyanyi legenda ini berkata, dia sekadar menyampaikan dengan lebih jelas ucapan terima kasih kepada peminatnya. Belum terdetik lagi nak bersara. Mereka (peminat) tak bagi lagi saya tinggalkan industri. Sekarang saya tahu, mereka nak dengar saya terus menyanyi lagi. Insya-Allah bukan sekarang masanya untuk bersara. Saya dah 35 tahun dalam industri dan kalau nak beritahu seorang demi seorang peminat rasa mustahil.

Jadi, saya tanya kakak, Jojie dan ‘team’ (pasukan) bolehkah buat begitu? Mereka kata okey. Saya terus buat keputusan. Ada foto yang saya buang dan ada juga yang saya simpan sebagai arkib. Dalam fikiran penyanyi yang popular menerusi banyak lagu seperti Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Sembilu ini, istilah bersara belum lagi terlintas. Jadi, saya tak rasa bersalah buat hantaran itu. Ada yang menangis baca hantaran saya. Itu yang saya kena jawab. Dengan macam-macam komen yang dibaca, saya terfikir perlu buat buku dan konsert iaitu Jilid Terakhir Puteri Kota Ella. Saya perlu buat ini (buku dan konsert).

Saya perlu jawab dan mereka rasa tenang. Ada yang tak pernah pun tengok konsert Ella. Mungkin mereka boleh datang dan dapat tahu pembabitan saya, macam mana karier seni saya bermula. Mungkin juga dalam buku ini semuanya terjawab nanti. Malah, ia hanya dijual ketika acara konsert saya di Axiata Arena pada 10 Jun akan datang,” katanya. Menurut Ella, dia berharap peminat yang hadir nanti membawa pulang seribu kenangan manis dan lebih mengenalinya secara mendalam.

Mereka juga boleh mengimbas kembali kenangan manis dan pahit zaman sekolah dan masa bercinta masing-masing. Masa bekerja dan terpulang kepada mereka bagaimana untuk menerimanya. Saya hanya berharap dapat buat yang terbaik kepada semua peminat. Tentunya lagu seperti Sembilu dan Sepi Sekuntum Mawar Merah antara ‘lagu wajib’ saya yang berada dalam senarai kerana ia amat ‘besar’ di Indonesia. Alhamdulillah, saya juga baru balik dari sana (Indonesia). Namun, harapan saya mungkin peminat dari serata negara boleh datang menyaksikan konsert ini nanti. Dalam pada itu, Ella mengakui lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah mempunyai nilai nostalgia pada dirinya kerana karya lagu itu amat diminati oleh Allahyarham bapanya.

Tak tahu apa akan jadi nanti. Harapnya, persembahan saya lancar. Kalau boleh saya tak nak emosi terganggu apabila menyanyi atas pentas. Ikutkan banyak permintaan lagu. Tapi, saya akan kecilkan, pilih yang mampu dan sempat untuk dinyanyikan. Berkenaan buku saya yang berjudul Ella Rockers Juga Manusia, saya sudah lama merancang nak terbitkan. Ceritanya agak panjang dan akan ada sambungan untuk jilid seterusnya,” katanya. Selain itu, Ella turut bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di mana sebahagian jualan tiket konsertnya akan disalurkan kepada mangsa banjir di Johor.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *