Wanita ni mengadu sakit perut, rupanya dia bawa janin yang sudah tiada selama 9 tahun dalam perutnya

Seorang wanita berusia 50 tahun yang pergi menghadap illahi akibat kekurangan zat makanan, dikesan mempunyai janin di dalam perutnya selama lebih sembilan tahun. Wanita itu, seorang pelarian yang berasal dari Congo, melawat doktor di New York, Amerika Syarikat (AS), mengadu sakit perut, senak dan mengeluarkan sejenis bunyi selepas makan. Imbasan kemudiannya menunjukkan dia mempunyai janin juga dikenali sebagai ‘bayi batu’ di dalam ususnya. Kewujudan janin itu menyebabkan dia mengalami halangan usus yang teruk dan seterusnya kekurangan zat makanan.

Janin itu dikaitkan dengan keggran yang dialaminya sembilan tahun sebelum itu yang mungkin adalah anak kesembilan. Pakar Perubatan di SUNY Upstate Medical University, Dr Waseem Sous yang melaporkan kes itu berkata, pesakit menolak rawatan kerana takut operasi dan memilih untuk pemantauan gejala.”Malangnya, dia pergi menghadap illahi akibat kekurangan zat makanan yang teruk dalam konteks halangan usus yang berulang akibat lithopedion. Kajian kes itu didedahkan laporan perubatan dalam jurnal BMC Women’s Health, minggu ini. Fenomena sangat jarang berlaku itu dikenali sebagai lithopedion, hanya direkodkan 290 kali dalam sejarah dengan kes pertama dikesan di Perancis pada 1582.

Ia berlaku apabila janin mula membesar di dalam perut dan bukannya di dalam rahim, menyebabkan ia berubah menjadi ‘batu’ sebaik saja proses kehamilan menjadi tidak berdaya maju, memampatkan organ utama dan menyekat penyerapan nutrien ibu. Bagi kes wanita ini, kehadiran ‘bayi batu’ itu terus memampatkan ususnya hingga tersumbat yang mengakibatkan tubuhnya tidak lagi dapat menyerap nutrien penting sekali gus membawa kepada kelaparan.

Wanita itu dilaporkan ke klinik semasa kehamilannya yang kesembilan selepas menyedari bayinya tidak lagi bergerak, di mana doktor memberitahunya bayi itu tidak mempunyai degupan jantung. Dua minggu selepas itu, wanita itu datang lagi ke klinik, namun dia didatangi orang luar yang mengatakan dia melakukan ‘kerja jahat’ dan ‘membnh bayi’. Dia kemudian menghabiskan sembilan tahun membawa janin yang dah tiada di dalam dirinya dan tidak berhubung dengan doktor, sehingga menerima pemeriksaan kesihatan enam bulan sebelum ditempatkan semula ke AS.

Namun, dia menolak operasi kerana percaya apa yang berlaku ke atasnya kerana ilmu hitam yang didakwanya dilakukan ahli sihir di Tanzania. Wanita itu meninggal dunia akibat keadaannya itu, 14 bulan selepas tiba di AS. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.