Tetap dengan pendirian nak berpisah, Puteri Sarah nekad untuk guna khidmat hakam kalau Syamsul masih tak mahu lepaskan

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana hadir ke sesi bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk menyelasaikan konflik rumah tangganya bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada pagi tadi. Menerusi sebuah video temu bual di official hlive, Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya untuk berpisah dan tidak mahu berdamai. “Saya tak nak berjumpa, tak nak sebilik. Saya tegaskan disini saya masih dengan keputusan saya untuk berpisah.. Saya tak nak berdamai. Enough is enough. Saya penat. Saya cuma minta lepaskan saya.

“Saya ada berjumpa dengan ustazah. Saya cerita semuanya apa yang terjadi dari awal hingga akhir beserta dengan bukti. Saya dah penat dengan benda ni dah bertahun-tahun,” katanya. Mengulas lebih lanjut, Puteri Sarah berkata sekiranya Syamsul masih tidak mahu melepaskannya, aktres drama Suri Hati ini akan menggunakan alternatif lain iaitu khidmat Hakam. Terdahulu Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Selasa.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Sarah berlaku tak setia dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, tinggalkan rumah kelmn sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya mengasari serta tidak memberi nafkah. Susulan itu, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan hadanah atau penjagaan anak di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan ruamh tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu,  Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber: officialhlive. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Syamsul Yusof mengaku tak pernah pkl isteri, rupanya Puteri Sarah tetap nak berpisah sebab ini. AKTOR Syamsul Yusof menegaskan dia tidak pernah memkl isteri pertama, Puteri Sarah Liyana seperti yang didakwa pelakon wanita berkenaan. Syamsul, 39, berkata dia tidak percaya dakwaan itu keluar daripada mulut isterinya sendiri yang tergamak mengeluarkan tohmahan tersebut. “Dia telah ftnh saya pkl, tak beri nafkah. Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika itu, tapi takkan sampai begini? Syamsul buat kenyataan menjelaskan kebenaran. “Dia tahu saya tak pernah walau sekali memkl dia. Kononnya mak saya selamatkan dia. Mak saya jadi hulk ketika itu ke?” katanya kepada pemberita.

Syamsul ditemui semasa sidang media tergempar yang diadakan di sebuah lokasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Rabu. Kata Syamsul lagi, dia sendiri mempunyai ramai saudara perempuan dan tidak mungkin melakukan perbuatan terkutuk itu. Malah, antara punca dia memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah pada Selasa disebabkan dakwaan pkl yang dibuat oleh aktres tersebut. “Itu ada kaitan dengan permohonan nusyuz kelmarin. Ada ahli keluarga menelefon saya juga mengakui perkara itu tak pernah berlaku. “Saya ada anak perempuan, ada ibu, adik perempuan dan isteri-isteri yang amat saya sayangi serta hormati. Saya tak mahu keruhkan keadaan tapi saya perlu jelaskan,” ujarnya.

Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang jahat. Sementara itu, Syamsul mendedahkan dia berulang kali mencuba untuk mengajak Puteri Sarah berbincang namun isterinya menolak permintaan itu. Jelasnya, Puteri Sarah kerap kali meminta untuk dilepaskan dengan alasan dia sudah mempunyai orang lain. “Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus berpisah, berbincang dahulu. Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain.

“Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang jahat. Saya takkan ambil anak-anak daripada ibunya sendiri,” katanya. Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan melepaskan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk berbaik semula. Dia mendedahkan perkara itu kerana Syamsul enggan melafazkan pisah terhadapnya pada sebutan pertama kes berkenaan. Sehubungan itu, Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perpisahan mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perpisahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Langkah itu dibuat mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Syamsul memfailkan permohonan nusyuz pada Selasa. Pada petang Selasa, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku tak setia dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, tinggalkan rumah kelmn sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memkl serta tidak memberi nafkah.

Sarah bagaimanapun mempersoalkan tindakan suaminya dan berasa pelik kenapa baharu sekarang pengarah filem Munafik itu mahu memfailkan nusyuz sedangkan masalah rumah tangga mereka sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin memfailkan hadanah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini sehari selepas suaminya, Syamsul Yusof memfailkan nusyuz terhadap beliau. Pada pagi Rabu, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah atau tuntutan hak penjagaan terhadap dua anaknya.

Permohonan itu dibuat selepas Syamsul secara mengejut memfailkan permohonan nusyuz terhadapnya. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. Sumber: LAB.