Resepi masakan dah mencecah 6 tahun, Khairul Aming muat naik video mengenangkan dari awal diri dia hasilkan video masakan

Khamis ini umat Islam bakal menyambut Ramadan selama 30 hari. Pempengaruh media sosial dan usahawan cukup terkenal dengan video 30 hari 30 resipi Khairul Aming kembali lagi. Antara video yang dinanti-nantikan ramai, resipi Khairul Aming kebiasaannya mudah untuk diikut dan sangat ringkas menjadikan ia antara keunikannya. Makanya esok bermulalah episod pertama 30 hari 30 resipi Khairul Aming yang bakal menjadi tul4r di sosial media. Terbaharu, Khairul Aming memuat naik satu video mengenangkan dari awal pembabitannya menghasilkan video masakan. Dalam perkongsian tersebut Khairul Aming bersyukur video masakannya kini sudah mencecah 6 tahun.

Bermula dan setia ditemani sudu kayu, Khairul Aming dedahkan pada awalnya mereka hanya mampu merakamkan video di lantai sehingga sakit pinggang. Masalah pengcahayaan menjadi isu pada waktu itu menyebabkan video agak gelap. Kemudiannya mereka ambil keputusan merakam video guna cahaya dari luar secara semulajadi. Turut diceritakan bagaimana mereka melangkah dari satu tahap ke satu tingkat untuk mendapatkan video berkualiti seperti sekarang. Klik sini untuk lihat video.

Kini Khairul Aming dan pasukannya berjaya berpindah ke studio lebih besar dengan kelengkapan serba moden. Berikut adalah perkongsian tersebut yang membuatkan ramai kagum dengan kejayaan Khairul Aming ini . Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kejayaan Khairul Aming ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di perkongsian tersebut.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.