Rancang untuk tubuhkan pasukan bola sepak wanita, ini pula kata kata dari TMJ

Johor Darul Ta’zim (JDT) kemungkinan besar akan menguasai semua peringkat bola sepak di negara ini apabila mereka mencari pula pemain wanita untuk diserap dalam ‘keluarga’ besar skuad Harimau Selatan. Hal ini kerana, pemilik JDT Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Twitternya bertanyakan mana-mana pemain wanita yang berminat bermain bersama JDT. PERANCANGAN Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita dijangka akan menjadi kenyataan satu hari nanti. Memang dalam perancangan. Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT?,” katanya. Tunku Ismail berkata demikian ketika menjawab mengenai harapan pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sidhu yang mengimpikan kelab gergasi Liga Malaysia itu akan menubuhkan sebuah pasukan wanita JDT.

Mengikut rekod, Tunku Ismail sebelum ini pernah mendedahkan mahu memiliki pasukan wanita di bawah pengendalian kelabnya sendiri sebagai kemajuan dalam dunia sukan. Tunku Ismail menjelaskan perkara itu akan direalisasikan selepas kelab JDT mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung dua pasukan bola sepak bagi mewakili negeri Johor. Jika harapan itu dapat dilaksanakan kemungkinan besar penyokong bola sepak tanah air boleh melihat kebangkitan skuad wanita negara di peringkat antarabangsa.

Kredit Harian Metro, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.