Safawi Rasid membuktikan yang beliau masih boleh rangkul kejayaan

Penyerang sensasi negara, Safawi Rasid membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila meraih ‘kejayaan berganda’ minggu ini sejak lebih sebulan beraksi di Liga Thai 1. Selepas membuka akaun golnya bersama kelab Ratchaburi FC, nama pemain yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ‘lekat’ dalam senarai pemain terbaik mingguan Liga Thailand. Perkembangan itu dikongsikan Liga Thailand menerusi laman Instagramnya, semalam. Pemain berusia 26 tahun itu dinobatkan sebagai antara pemain terbaik bagi minggu ke-24 dan dia menjadi satu -satunya pemain dari Ratchaburi yang disenaraikan.

Safawi menyertai beberapa pemain lain seperti Lonsana Doumbouya (Buriram), Tyronne del Pino (Nakhon Ratchasima), Jorge Fellipe (Lampang FC) dan Airton Tirrabasi (Port FC). Terdahulu, Safawi berjaya meledak gol sulung dalam saingan Liga 1 Thai ketika membantu kelab Ratchaburi menewaskan Chonburi 2-1, malam kelmarin. Lebih manis, jaringan Safawi pada masa kecederaan babak pertama itu menjadi gol kemenangan Ratchaburi untuk menghuni tangga kelima dengan mengumpul 38 mata selepas 24 perlawanan.

Jaringan pembukaan Ratchaburi dihasilkan pada minit ke-32 selepas penyerang dari Brazil, Derley menyempurnakan sepakan penalti. Sementara itu, jaringan tunggal tuan rumah dihasilkan Danilo Alves yang menyudahkan umpanan Yoo Byung-Soo pada minit ke-56. Safawi yang juga salah seorang kapten Harimau Malaya tidak berada dalam senarai 27 pelatih skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong pada Khamis ini dan Selasa depan bagi memberi peluang kepada Kim Pan-gon menguji muka baharu.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.