Muat naik gambar bercuti di luar Negara, sekali warganet cakap Ziana Zain macam Jenefer Lopez

Penyanyi popular Ziana Zain menjadi perhatian warganet apabila memuat naik momen-momen dirinya yang kini sedang bercuti di luar negara. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ziana memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya kini sedang bercuti di Belanda. Apa yang menarik perhatian adalah rata-rata warganet menyatakan bahawa wajah pelantun lagu Senja Nan Merah itu persis selebriti terkenal antarabangsa Jennifer Lopez ataupun lebih dikenali sebagai J.Lo. Kekal jelita, Ziana tampil mengenakan ‘winter beanie’ di kepalanya dan pakaian musim sejuk serba hitam.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet memberikan pelbagi reaksi terhadap foto tersebut. Malah ramai yang menyatakan wajah penyanyi popular ini seiras J.Lo. Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Ziana tersebut telah meraih puluhan ribu tanda suka dan lebih 200 komen di IG.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.